26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 2, 2022

Hampir 8.7 juta rakyat lengkap dos kedua vaksin COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Individu yang lengkap menerima suntikan dos kedua terus meningkat dengan 8,770,336 orang menerimanya setakat semalam.

Menerusi data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), jumlah itu bersamaan 37.5 peratus populasi dewasa di Malaysia.

Dalam pada itu, seramai 15,772,101 individu menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 atau 67.4 peratus dengan jumlah kumulatif keseluruhan pemberian dos vaksin adalah sebanyak 24,542,437 setakat 8 Ogos 2021, 11.59 malam.

Sehingga kini, Lembah Klang telah mencatatkan peratusan pemberian vaksin bagi dos pertama populasi dewasa melebihi 100 peratus iaitu dengan 101.1 peratus sementara 51.5 peratus bagi dos kedua.  

Peratusan pemberian vaksin bagi dos pertama populasi dewasa di Labuan dan Sarawak juga menunjukkan peningkatan iaitu masing-masing dengan 97.0 peratus dan 87.4 peratus.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menerusi perkongsian di Twitter berkata, semalam sahaja, sebanyak 389,641 dos pemberian harian vaksin COVID-19 diberikan kepada penerima.

Baca juga:   KKM akan tambah PPV 'walk-in' vaksinasi kanak-kanak

“Daripada jumlah itu, seramai 156,816 individu menerima suntikan dos pertama, manakala seramai 232,825 individu menerima suntikan dos kedua, sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan,”katanya.

Dalam pada itu, Selangor terus mencatatkan pemberian dos vaksin harian tertinggi dengan sebanyak 20,937 diberikan kepada penerima untuk dos pertama, manakala sejumlah 67,798 bagi dos kedua.

Diikuti, Johor dengan 35,418 bagi dos pertama, manakala sejumlah 16,020 bagi dos kedua dan Kuala Lumpur sebanyak 4,416 dos pertama, manakala sebanyak 36,868 dos kedua.- Edisi 9  

Baca juga:   Tutup aktiviti ekonomi: Jangan main umum sahaja, rakyat perlukan bantuan

Wartawan

Terkini

Cabaran besar, penghormatan mewakili BN – Khaled Nordin

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menyifatkan pelantikannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi sebagai kepercayaan besar Kerajaan Perpaduan. Mohamed...

Lagi Artikel Berkaitan