31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Industri pelancongan tarik nafas lega, ekonomi dapat beroperasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Industri pelancongan menarik nafas lega dengan kebenaran kerajaan dalam memberi kelonggaran bagi negeri-negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) memulakan sektor ekonomi mulai Selasa ini.

Ketua Pegawai Operasi  Yayasan Pelancongan Negara, Dr Fathir Badri Alhadad berkata, negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Perlis, Sarawak dan Labuan pastinya akan mula membuka sektor ekonomi mereka dengan segera.

“Dengan pembukaan semula sektor ekonomi hotel-hotel dan inapdesa (homestay) di negeri-negeri terbabit dan kebenaran bagi individu yang lengkap dos kedua vaksinasi pastinya akan menyemarakkan kembali sektor pelancongan mereka sekaligus membantu menggerakkan ekonomi setempat yang telah sekian lama mengalami kemurungan semenjak Mac 2020 yang lalu,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Presiden Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Selangor (SAFTTA) berkata, Program COVID-19 Free Destination yang memillih Pulau Langkawi sebagai destinasi rintis juga pastinya akan dapat dijayakan dalam masa terdekat.

Dr Fathir Badri Alhadad

“Walaupun Langkawi ketika ini masih lagi di dalam zon merah, tetapi dengan penerima suntikan vaksin satu dos ketika ini mencecah sehingga 65,000 orang dan lebih 29,000 orang yang telah menerima dos kedua suntikan vaksin dengan kadar suntikan dipergiatkan hasil rundingan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), kami yakin 80 peratus Imuniti Kelompok pasti dapat dicapai selewatnya penghujung bulan Ogos ini nanti,”katanya.

Baca juga:   Khilaf azan awal: Puasa terbatal, wajib ganti - Mufti
Baca juga:   PRU Singapura: Kerusi PAP merosot, Parti Buruh naik

Katanya, ketika ini kebenaran hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara (peserta MM2H) untuk menjalani kuarantin wajib di rumah, namun ianya, tidak mustahil dalam masa terdekat kerajaan juga akan membuka pintu kepada pelancong yang telah mendapat vaksinasi lengkap untuk datang ke Malaysia.

“Ini sekaligus akan membuka peluang kepada sektor pelancongan terutamanya di Langkawi yang dipilih sebagai destinasi rintis jika inisiatif ini berjaya dilaksanakan kelak,”katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya memohon agar semua pegusaha sektor pelancongan untuk sentiasa cakna dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) terkini supaya industri pelancongan akan dapat digerakkan semula dengan segera.

“Sehingga kini, Yayasan Pelancongan Negara telah giat membantu penggiat industri pelancongan yang sangat terkesan sepanjang lebih 17 bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan.

“Antara inisiatif yang telah dan akan kami jalankan adalah memberi sumbangan bakul makanan kepada kakitangan pengusaha pelancongan, skim latihan bagi meningkatkan kemahiran penggiat pelancongan serta memberikan khidmat nasihat dari pakar psikologi bagi memberi semangat kepada pengusaha pelancongan yang mengalami tekanan perasaan,”katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Ketua Menteri Melaka angkat sumpah esok

UPACARA mengangkat sumpah bagi jawatan Ketua Menteri Melaka baharu akan dijadualkan diadakan esok. Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari...

Lagi Artikel Berkaitan