30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

‘Bidadari syurga saya pergi buat selamanya’ – Shuib

Mesti Baca

CYBERJAYA – Selepas bertarung dengan COVID-19 selama lima hari, akhirnya penyanyi Siti Sarah Raissuddin menghembus nafas terakhirnya pukul 5.13 pagi ini.

Berita tersebut dikongsikan oleh suaminya yang juga pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu menerusi media sosialnya.

“5.13 minit pagi 9 Ogos 2021 bidadari syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan Al-Fatihah. Siri Sarah binti Raissuddin,” kata Shuib menerusi Instastory.

Siti Sarah, 36, yang yang popular dengan lagu Kesetiaan itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia selepas dikejarkan ke hospital itu pada Rabu lalu setelah dijangkiti COVID-19.

Selain Siti Sarah, Shuib bersama tiga anak mereka Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Advertisements
Wajah terakhir Siti Sarah ketika dia akan dibawa ke hospital selepas disahkan positif COVID-19 Rabu lalu. – Sumber: Instagram

Bagaimanapun, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad dan anak-anaknya disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Berikutan Siti Sarah sedang hamil tujuh bulan, doktor telah mengeluarkan bayi dalam kandungannya sekitar pukul 5 petang Jumaat.

Anak keempat pasangan artis itu diberi nama Ayash Affan kini berada dalam keadaan stabil.

Pada Sabtu, Shuib berkata, doktor yang merawat isterinya memaklumkan, Siti Sarah mula menunjukkan perkembangan positif dengan kadar oksigen sudah meningkat pada paras 80 peratus.

Bagaimanapun, malam tadi Shuib memaklumkan keadaan Siti Sarah sangat tidak baik dengan kadar oksigen sudah menurun kepada 40 peratus. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan