29 C
Kuala Lumpur
Monday, November 28, 2022

Dera: Pengasas Rumah Bonda mengaku tak bersalah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun yang tular sebelum ini.

Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh yang berusia 29 tahun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Izralizam Sanusi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak itu telah mengabaikannya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah unit di Irama Wangsa Kondominium di Wangsa Maju antara Februari hingga Jun lalu.

Atas pertuduhan itu, Siti Bainun yang aktif dalam sebuah parti politik didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Baca juga:   Bella hadir prosiding pengecaman di mahkamah hari ini

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Shakira Aliana Alias mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM20,000 berserta syarat tidak mengganggu hubungan mangsa atau saksi, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

“Kes ini termasuk dalam kes berkepentingan awam malah sesuai dengan hasrat kerajaan untuk melindungi kanak-kanak yang juga orang kurang upaya (OKU) dan mendapat liputan meluas di media.

“Mangsa dalam kes ini merupakan seorang OKU sindrom Down selain tertuduh terbabit dalam kegiatan politik,” katanya.

Baca juga:   Nasib baik PH cuma tadbir 22 bulan, kalau tidak...

Wartawan

Terkini

Remaja lelaki maut kemalangan, tercampak dari jambatan

SEORANG remaja lelaki maut selepas tercampak dari sebuah jambatan setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan...

Lagi Artikel Berkaitan