26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Anwar akur, gesa semua pihak terima keputusan Agong

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim akur dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong yang berkenan memilih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

Sehubungan itu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menggesa semua pemimpin, anggota dan penyokong partinya menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

Malah Anwar juga sedar bahawa keputusan yang dibuat itu mengikut lunas-lunas Perlembagaan, demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan.

“Dengan penuh takzimnya saya mewakili Pembangkang keseluruhannya menjunjung kasih ke atas titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

“Bagi pihak pembangkang, ini adalah cabaran untuk kita bekerja lebih gigih lagi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” kata beliau dalam kenyataan media malam tadi.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera itu sebagai Perdana Menteri yang baharu dan majlis angkat sumpah jawatan akan berlangsung hari ini.

Baca juga:   Peruntukan segera RM5 juta bina ban baharu di Segamat

Anwar yang turut dicalonkan oleh pembangkang bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melepaskan jawatan ekoran hilang sokongan di Parlimen, bagaimanapun gagal mencabar Ismail Sabri yang memperoleh 114 sokongan daripada 220 Ahli Parlimen yang ada.

“Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha supaya krisis wabak COVID-19 dan ekonomi segera diatasi dan ditangani demi rakyat.

Baca juga:   Majoriti tipis Parlimen, Shabery cadang lancar 'serangan Subuh'

“Buat semua pimpinan, anggota dan pendukung, kami menggesa semua untuk menerima keputusan ini dengan kecekalan yang jitu untuk bekerja lebih gigih menuju PRU-15, agar kita dapat memenangi semula mandat rakyat yang telah kita terima pada PRU yang lalu,” katanya.

Ini kali kedua Anwar gagal merebut peluang untuk mengisi kekosongan jawatan Perdana Menteri yang diusahakan sejak sekian lama kerana tidak dapat meraih sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen.

Kali pertama selepas peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad tahun lalu yang menyaksikan beliau tewas kepada Muhyiddin dan gagal mempertahankan kerajaan PH yang dimenangi mereka dalam PRU-14. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

PN rampas kerusi Padang Serai, BN pertahan Tioman

PERIKATAN Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah manakala Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan