32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Armada turun padang bantu mangsa banjir Yan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEDAH – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu turut tidak ketinggalan dalam membantu mangsa bencana banjir di Yan sejak semalam bagi membantu melancarkan lagi operasi bencana banjir di kawasan berkenaan.

Penerangan Armada Nasional dalam satu kenyataannya menyatakan turun padang berkenaan telah digerakkan oleh Ketua Armada Negeri yang juga Ketua Armada Jerai, Saffuan Sabri yang bertindak pantas serta cekap bersama jentera kerajaan negeri Kedah dan agensi-agensi pusat yang terlibat dalam pengurusan bencana.

Menurutnya, Sukarelawan Bencana Armada Kedah – Parlimen Jerai telah memulakan operasi sejak malam semalam di samping menjadi pemudah cara membantu pengurusan penempatan banjir di dua pusat pemindahan sementara iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Yan, manakala mangsa banjir yang positif Covid19 ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Teroi.

“Sepanjang hari ini pula, Armada telah turun pandang ke beberapa buah rumah yang terjejas untuk memberi sumbangan bakul makanan prihatin Perikatan Nasional (PN) di Gurun dan Seri Perigi.

“100 orang Sukarelawan Armada telah turun padang memberikan bantuan di hampir 15 lokaliti penempatan di kawasan terjejas,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Susulan bencana banjir berkenaan, Armada Bersatu di seluruh negara berduka cita dengan musibah berkenaan dan mendoakan rakan-rakan mangsa banjir Kedah agar terus bersabar serta tabah dalam menghadapi apa jua musibah yang melanda, selain dipermudahkan urusan.

“Semoga terus diberikan kekuatan dan keteguhan iman yang bertambah rentetan musibah ujian Allah.

“Sesungguhnya, apa pun yang berlaku, semuanya telah lama berada dalam perancangan Allah. Allah adalah sebaik-baik perancang dan Maha Mengetahui.

Untuk rekod, dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, antara lokasi terlibat banjir selepas kejadian kepala air itu ialah kawasan di kaki gunung dan kawasan berhampiran sungai iaitu Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan