34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tetap reda dengan lemparan fitnah – Ebit Lew

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal Ebit Lew yang tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata, fitnah gangguan seksual yang dilemparkan terhadapnya adalah melampau dan sangat kejam.

Memetik laporan MalaysiaGazette, Ebit bagaimanapun berkata, ia beliau tetap reda dengan apa yang berlaku.

“Saya serahkan semua kepada polis,” katanya selepas selesai memberi keterangan di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ebit, 36, turut melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana menentukan segala-galanya termasuk dipanggil membantu siasatan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Katanya, beliau sentiasa bersedia membantu pihak polis yang menjalankan siasatan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa sepenuhnya berhubung perkara tersebut.

Dalam masa sama, beliau akui, lemparan fitnah tersebut memberi satu pelajaran untuk dirinya sendiri.

Malah katanya, beliau percaya hidup ini hanya untuk disayangi oleh Allah.

“Saya maafkan sesiapa saja yang terjadi. Di luar sana mungkin boleh menilai sendiri. Saya maafkan semua sekali dan maafkan sesiapa saja apa yang terjadi membuatkan saya semakin bersemangat.

“Saya juga akan meneruskan usaha saya membantu dan kebaikannya sampai bila-bila sampai saya mati,” ujarnya.

Sementara itu, peguamnya Datuk Haznal Rezua Merican berkata, setakat ini tidak wujud keperluan untuk Ebit datang semula menyambung keterangan.

“Kenyataan telah dirakam selama sejam setengah tadi tanpa masalah dan memberikan sepenuh kerjasama membantu siasatan polis,” katanya.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah merakam keterangan percakapan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew (Ebit Lew) bagi membantu siasatan kes gangguan seksual yang disiasat dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 akta Kesalahan-kesalahan kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Siasatan akan diteruskan sehingga polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Sri Abd Jalil Hasan dalam satu kenyataan media berkata, PDRM memohon kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes ini dapat disiasat dengan telus.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran apa-apa juga bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis,”katanya. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan