24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Wan Fayhsal tidak pertahan jawatan Ketua Armada

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengumumkan tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya ketika ini pada pemilihan akan datang.

Keputusan itu, kata Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang, adalah kerana beliau sudah melebihi umur yang sah untuk menerajui sayap parti itu.

“Perhimpunan Agung Tahunan Armada (ini) adalah yang terakhir saya. Saya akan graduate (melangkah) ke fasa seterusnya.

“Jadi saya akan wariskan Armada kepada perwakilan untuk teruskan pertempuran akan datang,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu hari ini, lapor Astro AWANI.

Wan Fahysal berkata, pemilihan Bersatu yang dijadual berlangsung pada Oktober depan akan menentukan calon yang akan menggantikan tempatnya nanti.

Untur rekod, Wan Ahmad Fayhsal dipilih sebagai Ketua Armada dalam pemilihan parti pada Ogos 2020 lalu dengan menewaskan pesaing Muzzammil Ismail yang merupakan Exco Armada.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan