25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

MPT Bersatu bincang kedudukan Muhyiddin petang ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan membincangkan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti itu dalam mesyuarat petang ini.

Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, mesyuarat itu dijangka berlangsung pada jam 6.30 petang di Taman Melewar, Kuala Lumpur.

“Buat masa ini kita belum lagi bincang dan buat keputusan berhubungan kedudukan Tan Sri Muhyiddin.

“Kita akan adakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sebaik sahaja selesai mesyuarat Armada.

“Mungkin selepas itu (media) boleh tanya (ketetapan) sebaik selesi mesyuarat,” katanya pada sidang akhbar selepas selesai menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan Armada di Dewan Menara PGRM, di Kuala Lumpur, hari ini.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu telah membuat perbincangan atau ketetapan supaya Muhyiddin kekal sebagai Presiden.

Jumaat lalu, Muhyiddin dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas enam pertuduhan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta.

Beliau didakwa sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu, telah menggunakan kedudukan untuk suapan wang berjumlah RM232.5 juta daripada seorang individu iaitu Azman Yusoff, 51 dan tiga syarikat, Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd serta Mamfor Sdn Bhd, bagi sekutu parti itu, antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Bagaimanapun Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md Yasin, 76, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi dan membayar ikat jamin sebanyak RM2 juta.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan