25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Penganjur himpunan solidariti Muhyiddin bakal dipanggil polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil beberapa pihak atau individu terlibat berhubung himpunan solidariti terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya, kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, setelah menerima laporan berhubung perhimpunan di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), satu kertas siasatan telah dibuka oleh pihaknya.

Menurutnya, polis telah mengenal pasti individu atau pihak penganjur perhimpunan yang terlibat, seterusnya akan dipanggil memberi keterangan dalam masa terdekat.

“Siasatan berhubung penganjuran perhimpunan solidariti di hadapan bangunan SPRM di Putrajaya sedang dijalankan.

Advertisements

“Ya pastinya akan ada pihak atau individu yang akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar ketika menghadiri Program Polis Kuala Lumpur bersama Komuniti: Town Hall Discussion sempena Hari Polis ke-216 Tahun 2023.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz dilaporkan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ujar A. Asmadi, seramai lima pegawai dan 39 anggota ditugaskan membabitkan semua elemen di lokasi himpunan berkenaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan