25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

KWSP jadi cagaran pinjaman bank tidak langgar akta – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN mempertahankan langkah membenarkan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan caruman mereka sebagai cagaran pinjaman peribadi kerana langkah itu tidak bercanggah dengan Akta KWSP 1991.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu sudah dibincang dan diperhalusi bersama pihak KWSP sebelum kaedah itu diumumkan oleh beliau di Dewan Rakyat, Khamis lalu.

Menurutnya, kebenaran kepada pencarum menggunakan wang simpanan KWSP sebagai cagaran bank adalah bagi mereka yang mempunyai wang caruman yang besar, namun berhadapan kesulitan.

“Kita tidak benarkan orang ramai keluarkan caruman KWSP lagi kerana ini bukan waktu Covid-19 lagi, mereka boleh kerja, tetapi ada beberapa kes mendesak dimaklumkan kepada kita.

“Umpamanya dia ada wang, tetapi tak dapat bayar yuran pendidikan anak di luar negara dan kita tak benar keluarkan KWSP, jadi boleh guna kaedah itu tetapi dengan syarat yang ketat,” katanya kepada media selepas merasmikan Hari Air Sedunia (HAS) 2023 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak, hari ini.

Turut hadir Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dan EXCO Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun menegaskan ucapannya di Dewan Rakyat berkenaan kaedah menggunakan caruman KWSP sebagai cagaran bank perlu diteliti sebelum mana-mana pihak mengeluarkan pandangan.

Advertisements

“Biasalah (ada pihak tidak berpuas hati dengan kaedah itu), kalau ikut saya memang tak bagi lagi (pengeluaran KWSP), tapi ada beberapa kes keperluan mendesak perlu dipertimbangkan.

“Ada kes kita lihat munasabah sebab dia (pencarum) mungkin ada wang yang banyak di KWSP jadi kita boleh benarkan (jadi cagaran bank),” katanya.

Khamis lalu, Anwar mengumumkan kerajaan bersetuju wang caruman KWSP dijadikan sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Bagaimanapun, timbul dakwaan mengatakan tindakan membenarkan caruman KWSP dijadikan sebagai cagaran sebagai melanggar undang-undang mengikut Akta KWSP 1991 berikutan simpanan itu hanya boleh dikeluarkan bagi tujuan tertentu sahaja.

Sebelum ini terdapat desakan pengeluaran KWSP secara bersasar bagi membantu golongan terkesan pasca Covid-19 serta inflasi

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan