26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Anwar nasihat Muhyiddin jawab kes di mahkamah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjawab kes berkenaan di mahkamah sahaja.

Bahkan, ujar Anwar, dakwaan Muhyiddin itu, sudahpun dijawab oleh Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM).

“Peguam Negara, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dah jawab… apa lagi dia nak kata.

“Bagi saya dia (perlu) tumpu kes mahkamah, jawab di mahkamah… pertuduhan pun sudah dikeluarkan,” katanya kepada media selepas merasmikan Hari Air Sedunia (HAS) 2023 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak, hari ini.

Advertisements

Semalam, Muhyiddin mempersoalkan bagaimana Jabatan Peguam Negara boleh membuat keputusan lebih awal untuk mendakwanya sedangkan beliau belum memberikan sebarang kenyataan kepada SPRM.

Muhyiddin mendakwa, beliau mengetahui keputusan untuk mendakwa dirinya sudah dibuat oleh kerajaan walaupun siasatan belum dilengkAnwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam pada itu mengulangi kenyataannya bahawa beliau tidak campur tangan dalam perkara tersebut.apkan

Berikutan itu, Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan semalam menegaskan bahawa keputusan untuk mengenakan pertuduhan terhadap mana-mana orang adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan, dan bukan atas desakan mana-mana pihak atau faktor lain.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan