28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Anwar ucap takziah kemangkatan Puteri Al-Jawhara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah buat Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed Salman atas kemangkatan Puteri Al-Jawhara Abdulaziz Al-Saud.

Anwar berkata, beliau berasa dukacita selepas mendapat perkhabaran berhubung kemangkatan Puteri Al-Jawhara.

“Saya dan Azizah (Wan Azizah Wan Ismail) amat berdukacita apabila mengetahui kemangkatan Duli Yang Teramat Mulia Puteri Al-Jawhara Binti Abdulaziz Al-Saud.

Advertisements

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia, kerabat diraja dan rakyat Kerajaan Arab Saudi dan rakyat Arab Saudi

“Semoga Allah SWT merahmati Allahyarhamah Puteri Al-Jawhara dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang soleh di Jannah,” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan