24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Tentera patahkan cubaan seludup 9 PATI di Sungai Golok

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PASUKAN tentera berjaya mematahkan cubaan seorang tekong darat yang dipercayai mahu membawa masuk sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Tanah Merah, Kelantan, semalam.

Kesemuanya ditangkap selepas menyeberangi Sungai Golok dengan cuba menggunakan laluan yang tidak sah di sempadan Malaysia-Thailand.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) berkata, lelaki tempatan bersama tujuh PATI warga Myanmar dan dua orang warga India itu ditahan kira-kira pukul 11 malam semalam semasa anggota tentera menjalankan rondaan di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia.

“Bertindak atas maklumat perisikan, pasukan beroperasi telah berjaya menjejaki seterusnya menahan sekumpulan PATI yang baru sahaja memasuki Malaysia secara haram dengan menyeberangi Sungai Golok berdekatan Kampung Bukit Nangka, Tanah Merah.

“Hasil pemeriksaan mendapati PATI yang ditangkap berusia antara 22 hingga 55 tahun. Turut ditahan adalah seorang lelaki warga tempatan berumur 37 tahun yang dipercayai bertindak sebagai tekong,” katanya hari ini.

Advertisements

Dalam tangkapan itu, turut dirampas adalah empat buah telefon bimbit, barangan kemas, sejumlah wang dalam matawang Malaysia, Thailand dan India dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM 5,145.73.

“Kes seterusnya diserahkan kepada Balai Polis Bukit Bunga untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan beroperasi akan terus mempertingkatkan rondaan dan kawalan disempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan khususnya melibatkan Pati,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan