26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Pembangunan mampan: Lebih ramai jurutera diperlukan

Dengan populasi 32.7 juta, hanya terdapat 187,900 jurutera berdaftar secara rasmi di Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA memerlukan lebih ramai jurutera bagi membantu negara mencapai matlamat pembangunan lestari ke arah membina masa depan yang lebih mampan untuk rakyat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang berkata, sehingga Disember kira-kira 172,900 jurutera siswazah, 5,900 jurutera profesional dan 9,100 jurutera profesional dengan sijil amalan telah didaftarkan dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).

“Walau bagaimanapun, dengan populasi 32.7 juta, hanya terdapat 187,900 jurutera berdaftar secara rasmi di Malaysia,” katanya ketika merasmikan Hari Kejuruteraan Sedunia 2023 di Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Dzuleira Abu Bakar,

Lih Kang berkata, statistik BEM menunjukkan pada 2022 juga nisbah antara jurutera dengan penduduk Malaysia ialah 1:170.

“Sebagai perbandingan, nisbah jurutera kepada penduduk di negara maju seperti Jerman dan Perancis adalah 1:100.

Advertisements

“Angka tersebut menunjukkan masih terdapat permintaan yang tinggi untuk profesion jurutera di Malaysia dalam usaha ke arah mencapai status negara pengeluar teknologi,” katanya.

Beliau turut menyeru generasi muda untuk menjadi jurutera pelapis
yang amat diperlukan oleh Malaysia ke arah membina dunia yang lebih baik dan lebih mampan.

Sementara itu, Dzuleira berkata, pihaknya menyokong hasrat untuk mempromosikan kejuruteraan sebagai pilihan kerjaya yang berdaya maju selain menghidupkan semula semangat dalam kalangan generasi muda tentang bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Bagi tujuan itu, beliau berkata. MRANTI menyediakan pusat inovasi komuniti yang dikenali sebagai MakersLab.

“Bertemakan IR4.0 ianya merupakan pusat untuk komuniti inovator berkumpul, bertukar idea serta menjalankan eksperimen bagi meningkatkan penciptaan dan inovasi tempatan.

“Aktiviti bengkel STEM dalam bidang tenaga-boleh-diperbaharui, pengekodan dan robotik ditawarkan termasuk Program Sijil Reka Bentuk Simulasi Industri dan kursus Inovasi Percetakan 3D,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan