33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

PM terima spesis orkid ‘Aranda PMX-Anwar’

Orkid hibrid ini juga menggambarkan kegembiraan, optimistik dan semangat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima spesis orkid hibrid baharu yang dinamakan sebagai Aranda PMX-Anwar sempena Sambutan Hari Landskap Negara 2023 (HLN2023) di Taman D.R. Seenivasagam, Ipoh, Perak, pagi tadi.

Anwar berkata, Aranda PMX-Anwar merupakan kacukan induk betina, Aranda Tecnokraft yang merupakan hibrid orkid integenerik daripada kacukan Aranda Khaw Phaik Suan dan Vanda Memoria Choo Lalkeun.

Manakala induk jantan pula, kata beliau, Aranda Sayan juga adalah hibrid orkid integenerik berwarna kuning kacukan di antara Vanda Medasand dan orkid liar Arachnis hookeriana.

“Orkid hibrid ini juga menggambarkan kegembiraan, optimistik dan semangat,” katanya dalam Facebook hari ini.

Dalam pada itu, sempena sambutan berkenaan, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, pelaksanaan Malaysia Madani harus menitikberatkan keseimbangan komuniti supaya pemacuan pertumbuhannya dirasai semua golongan masyarakat.

“Saya sebut antara rumah mahligai dan rumah rakyat, antara restoran mewah dan gerai-gerai rakyat indah dan bersih, ada kehijauan ada taman-tamannya untuk rakyat keseluruhannya.

Advertisements

“Ini kerana mercu tanda pembangunan sesebuah masyarakat itu tidak hanya terkenal dengan bangunan tinggi semata-mata namun ia perlu keseimbangan antara golongan atasan dan rakyat bawahan,” katanya.

Untuk rekod, penganjuran HLN 2023 adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan apresiasi terhadap landskap selain menyebarluas kepentingan landskap melalui program pembangunan landskap yang komprehensif.

Ia juga merupaka usaha bagi mencapai wawasan Negara Taman Terindah seiring Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan Dasar Landskap Negara.

Bertemakan “Landskap Berkualiti Malaysia MADANI”, pembudayaan landskap perbandaran yang berkualiti dalam kalangan masyarakat bagi membentuk sebuah komuniti Malaysia yang progresif dan sejahtera seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Aspirasi ini mampu dicapai melalui peranan dan sumbangan besar landskap dalam aspek kemampanan sosial, kesihatan, kualiti hidup, kesejahteraan mental dan fizikal, estetika, ekonomi, serta persekitaran.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan