26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

MyExcise tingkat penyampaian perkhidmatan JKDM

Sistem itu juga dapat membantu memastikan kelancaran proses kutipan hasil.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBAGAI usaha untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kepada pemegang taruh, inisiatif transformasi pendigitalan telah diambil melalui penciptaan sistem MyExcise.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman& Cukai Dalam Negeri), Datuk Abdul Halim Ramli berkata, ia merupakan hasil usahasama JKDM dan Edaran IT Services.

Beliau berkata, melalui penggunaan Sistem MyExcise ini, pelesen atau pengilang Eksais boleh memohon lesen, mengikrar borang Eksais dan membuat pembayaran duti secara atas talian tanpa perlu lagi hadir secara fizikal ke stesen-stesen JKDM.

“Selain dapat meningkatkan kecekapan pengurusan dan pemantauan pungutan hasil Duti Eksais Tempatan, ia juga sekaligus dapat membantu dalam memastikan kelancaran proses kutipan hasil menjadi lebih sistematik, komprehensif serta telus,” katanya pada Majlis Pelancaran Sistem MyExcise di Putrajaya hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Edaran IT Services Sdn Bhd, Datuk Bistamam Ramli dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad,

Transformasi digital yang dibuat melalui penghasilan Sistem MyExcise ini juga adalah bertepatan dengan dengan konsep THE G.R.E.A.T CIVIL SERVICE yang telah diamanatkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali baru-baru ini kepada penjawat awam seluruh negara.

Beliau berkata, JKDM percaya inisiatif sistem MyExcise ini akan mempermudah dan melancarkan urusan di antara pihak industri dengan JKDM di dalam urusan transaksi percukaian industri dan sekaligus merapatkan jurang digital di dalam rantaian fasilitasi perniagaan.

“JKDM juga yakin inisiatif ini dapat membantu JKDM memantapkan operasi kutipan hasil cukai tidak langsung negara untuk mencapai sasaran lebih tinggi demi memacu kemakmuran negara,”katanya.

Capaian sistem MyExcise akan berkuatkuasa pada 13 Mac 2023 (Isnin) melalui laman sesawang https://myexcise.customs.gov.my/nyexc. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan