29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

JKDM uji teknologi ‘Eseal’ pantau pergerakan logistik kontena

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang dalam proses mengkaji dan menguji keberkesanan penggunaan teknologi baru iaitu Eseal bagi menggantikan Sil Timah yang telah digunakan sejak sekian lama.

Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, teknologi itu penting bagi memantau pergerakan logistik kontena dan lori sekali gus dapat membenteras aktiviti penyeludupan dan meningkatkan pungutan hasil negara.

Katanya, penggunaan eseal telah meluas digunap akai di negara Afrika Timur seperti Kenya, Uganda, Rwanda, Burundi dan Congo.

“Pelaksanaan Eseal di negara-negara tersebut telah meningkatkan kutipan cukai sebanyak 20 peratus.

“Sekiranya Eseal dilaksanakan penggunaannya di JKDM, secara tidak langsung dapat meningkatkan keselamatan kargo dan kebolehkesanan pergerakan kontena dan lori.

Advertisements

“Dagangan dapat tiba ke destinasi dengan tepat pada masanya dan maklumat pergerakan juga dapat dipantau,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ahmad berkata, Program Pengakuan Sukarela (VDP) untuk cukai tidak langsung akan dilaksanakan semula ke atas perundangan cukai tak langsung tertentu yang di bawah pentadbiran JKDM.

Katanya, program itu akan dilaksanakan selama dua belas bulan bermula 1 Jun ini sehingga 31 Mei 2024 dengan diskaun penalti sebanyak 100 peratus akan diberi kepada pemohon yang memenuhi syarat-syarat.

“Program ini memberi peluang kepada syarikat/individu untuk membuat pengikraran sukarela secara suci hati ke atas cukai yang bertanggungan, menggalakkan pembayaran cukai dengan penawaran insentif dan meluaskan asas cukai terutamanya menambah bilangan orang yang berdaftar.

“Cukai yang terlibat dalam program ini adalah semua cukai yang bertanggungan sehingga 28 Februari 2023 tidak termasuk semua tanggungan cukai/penalti yang sedang/telah disiasat oleh Bahagian Penguatkuasaan JKDM,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri adakan lawatan negara pertama ke Singapura

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan m Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Singapura pada hari...

Lagi Artikel Berkaitan