27.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Harga barangan SHMPP Hari Gawai dijual lebih rendah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEBERAPA barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Gawai 2023 lebih rendah daripada harga kawalan.

Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Mohd. Yusof berkata, itu secara tidak langsung menggambarkan peniaga bersama-sama dengan kementerian bagi menjayakan skim tersebut.

Katanya, pegawai-egawai penguat kuasa KPDN telah ditugaskan di lokasi-lokasi strategik seperti di pusat beli-belah barangan keperluan perayaan.

“Strategi ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan di mana tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

“Kerajaan berharap semua pihak dapat mematuhi harga-harga yang telah ditetapkan dan menggunakan label merah jambu bagi barangan yang dikawal harganya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

KPDN pada 23 Mei lalu mengumumkan pelaksanaan SHMPP sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2023.

Tempoh pelaksanaan adalah selama tujuh hari, tiga hari sebelum perayaan, satu hari semasa perayaan dan tiga hari selepas perayaan.

SHMPP Hari Gawai 2023 berkuatkuasa dari 29 Mei hingga 4 Jun dan hari ini merupakan hari pertama pelaksanaannya.

Sebanyak lapan jenis barangan dikawal di bawah pelaksanaan skim itu seperti ayam tua hidup, kepak ayam, bawang putih (China), kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing), ubi kentang import (China), babi hidup (di peringkat ladang sahaja), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).

Selain itu, enam jenis barangan daripada kategori ayam dan telur sedang dikawal di bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam yang sedang berkuat kuasa sejak 5 Februari 2022. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PAPTI rangka pelbagai program sambut jubli emas tahun depan

PERSATUAN Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) merangka pelbagai program  bagi menyambut Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 penubuhannya tahun depan. Presiden...

Lagi Artikel Berkaitan