30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Bot nelayan bawa barang kawalan subsidi tanpa permit ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)melalui Zon Maritim Kudat menahan sebuah bot nelayan yang membawa muatan barang kawalan bersubsidi tanpa permit sah, awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, bot berkenaan berjaya dikesan dan diperiksa di kedudukan sekitar 0.6 batu nautika timurmuara Marina Kudat sekitar jam 1.20 pagi hasil maklumat risikan yang diterima.

“Ketika itu pihak penguatkuasa sedang melakukan rondaan OP PLUTO TIMUR di sekitar perairan Kudat.

“Hasil pemeriksaan mendapati, tiga individu yang mengendalikan botberkenaan terdiri daripada seorang tekong warga tempatan manakala duakru warga Filipina dalam lingkungan umur 34hingga 46 tahun,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Kata beliau, pemeriksaan lanjut menemukan sejumlah 80 tong berwarna biru disyaki mengandungi minyak petrol dianggarkan sebanyak 1,600 liter dibawa di atas bot berkenaan tanpa permit yang sah.

“Sehubungan itu, kesemua suspek ditahan bersama bot dan barang rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM100, 000 dibawa ke jeti sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Kudat untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barangkawalan bersubsidi dengan niat untuk melakukan kesalahan dan EnakmenPelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 kerana melanggar syarat sah lesen,”katanya.

Berikutan daripada kejadian berkenaan, katanya, pihak Zon Maritim Kudat memohon kepada masyarakat khususnya komuniti maritim membantu pihak agensi dengan melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan