32.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 26, 2022

Sokongan bersyarat PN kepada Ismail Sabri bukan ‘luar biasa’

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sokongan bersyarat Perikatan Nasional (PN) kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dilantik sebagai Perdana Menteri bukanlah sesuatu yang “luar biasa” sehingga sokongan berkenaan dianggap tidak sah.

Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri caretaker, Datuk Marzuki Mohamad berkata, sebelum Jemaah Menteri dilantik proses pemeriksaan akan dibuat untuk memastikan bakal menteri tidak mempunyao rekod jenayah, bebas kes-kes rasuah, tidak ada rekod berkaitan bayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan bukan seorang yang bankrap.

Menurut beliau, proses berkenaan adalah selari dengan syarat PN dan syarat yang ditetapkan untuk sokongan berkenaan, bukan perkara luar biasa.

“Kalau tak buat itu luar biasa. Saya tak faham kenapa sesetengah pihak mengatakan sokongan PN kepada Ismail Sabri adalah tidak sah semata-mata kerana syaratnya ialah pertama menteri yang bakal dilantik mestilah bebas daripada pertuduhan jenayah dan kedua kerajaan PN mesti terus hormat prinsip pengasingan kuasa, kebebasan badan kehakiman dan Raja Berperlembagaan.

“Antara sumpah jawatan PM ialah mesti berikrar untuk junjung Perlembagaan. Pengasingan kuasa dan kebebasan badan kehakiman adalah sebahagian daripada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mesti dijunjung oleh mana-mana PM yang dilantik,” kongsinya dalam status yang dimuat naik di laman Facebooknya pagi ini.

Baca juga:   Tak pelik bukan PH diisytihar musuh PN - Zahid

Marzuki berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Ketujuh dengan syarat dia melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya menyerahkan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baca juga:   Arab Saudi larang guna visa pelancong tunai haji, umrah

“Satu dunia tahu syarat ini yang ditandatangan on the dotted lines oleh semua ketua parti Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Tun Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Ketujuh atas syarat ini dan pelantikannya adalah sah.

“Saya cari dalam Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan perkataan unconditional confidence of the majority atau kepercayaan majoriti tanpa syarat. Saya tak jumpa perkataan unconditional. Yang saya jumpa hanyalah perkataan confidence of the majority atau kepercayaan majoriti.

Justeru menurutnya, beliau menasihatkan agar mana-mana pihak untuk tidak suka-suka” menambah perkara yang tiada dalam Perlembagaan.

Semalam, bekas pengerusi Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan membuat ciapan di Twitter berkaitan sokongan bersyarat PN kepada Ismail Sabri untuk dilantik sebagai Perdana Menteri tidak boleh dianggap sah.

Menurut Ambiga, sokongan ahli parlimen untuk Perdana Menteri mesti dilakukan tanpa syarat.

“Sokongan bersyarat oleh (PN) tidak boleh dikira sebagai sokongan… Bagaimana kerajaan boleh stabil jika syarat untuk mendapat sokongan tidak dipenuhi?”

Ambiga turut berkongsi ciapan dari netizen lain yang menunjukkan surat Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang menjelaskan syarat ditetapkan Istana Negara berhubung bentuk surat akuan yang perlu ditulis ahli-ahli Parlimen.

Baca juga:   Wanita menderita akibat berat badan capai 150 kg

Antara lain, perkara 4 (c) surat tersebut meminta ahli Parlimen menyatakan identifikasi yang secukupnya seorang sahaja ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan, penyataan kepercayaan yang terang, jelas dan tanpa syarat untuk dilantik sebagai perdana menteri. – Edisi 9

Baca juga:   Polis tahan wanita dera anak kandung hingga mati

Wartawan

Terkini

6 lelaki warga asing ditahan, ubah tangki minyak bot

ENAM lelaki warga Thailand dan Kemboja bersama sebuah bot pukat tunda Kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan