25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

Vaksinasi harian lebih 420,000 dos, PICK berjalan lancar

Mesti Baca

KLANG – Kadar vaksinasi harian yang melebihi 420,000 dos semalam adalah berita terbaik untuk negara dalam usaha mencapai tahap imuniti kelompok sebelum akhir tahun ini.

Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kadar vaksinasi tersebut adalah antara yang tertinggi di dunia.

“Ini berita baik kerana ia (kadar vaksinasi harian itu) antara tertinggi di dunia dan kalau kita ikut fasa vaksinasi, saya jangka kita boleh capai untuk hampir semua yang perlu divaksinasi selesai sebelum akhir tahun ini dan nampaknya proses ini berjalan lancar,” katanya kepada media selepas melawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut mengarahkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin untuk membeli mana-mana vaksin yang sedia ada.

“Walaupun kita telah beli lebih tapi lambat sampai. Kalau ada lain yang boleh bekal contohnya, Pharmaniaga boleh bekal tambahan dua ke tiga juta dos, kita akan beli. Ini komitmen kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Semalam, jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 negara mencecah rekod tertinggi iaitu sebanyak 421,479 dos dengan pemberian dos pertama sebanyak 264,034 manakala dos kedua pula sebanyak 157,445 suntikan.

Baca juga:   Kawalan harga, subsidi bukan penyelesaian jangka panjang

Muhyiddin berkata, rekod menunjukkan peningkatan pemberian vaksin akan menurunkan kes dan ekonomi negara boleh meningkat.

“Langkah-langkah yang telah kita ambil ini agak berkesan dan saya yakin dengan sokongan semua pihak (kita) akan dapat mengatasi masalah ini,” kata Perdana Menteri sambil menambah bahawa beliau yakin negara akan memasuki ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi.

Baca juga:   Menteri Kabinet sebulat suara sokong Muhyiddin

Dalam usaha menangani situasi jangkitan COVID-19 di Lembah Klang, Muhyiddin berkata beliau pada dasarnya bersetuju dengan permohonan sebanyak RM1.1 bilion daripada Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan keupayaan petugas barisan hadapan.

Beliau berkata jumlah itu telah dimohon Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan bagi pihak Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Chong Chee Kheong, dan Kementerian Kewangan telah diminta supaya mempercepatkan kelulusan.

“Kita minta supaya runding cepat dengan Ketua Setiausaha Perbendaharaan supaya peruntukan yang dibuat secara berfasa itu dapat diluluskan dengan seberapa segera.

“Dengan tindakan sebegini saya harap situasi di Lembah Klang ini dapat kita uruskan dan tidaklah mencanak naik kes yang mana semalam pun dah turun sikit. Harapan kita agar akan terus turun kepada kadar yang lebih rendah,” katanya.

Bagi pengurusan COVID-19 di Lembah Klang, Muhyiddin berkata, peruntukan sebanyak RM100 juta ditambah bagi aktiviti penyumberan luar dan RM20 juta untuk pengurusan kesihatan mental.

Selain itu, katanya, peruntukan tambahan juga diberi untuk penambahan ruang di hospital-hospital di Selangor sebanyak RM5 juta dan bayaran elaun COVID-19 bagi kakitangan di unit rawatan rapi (ICU) sebanyak RM1,000 sebulan.

Baca juga:   Cadangan buka sempadan bukan keputusan sendiri - Muhyiddin

Menurut beliau, kerajaan juga bersetuju bagi penyediaan taska atau sewa bangunan untuk menempatkan anak-anak petugas barisan hadapan dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta dan Pusat Kuarantin khas bagi petugas barisan hadapan dengan peruntukan sebanyak RM2 juta.

Baca juga:   Gagasan Malaysia timbulkan kemarahan waris Sultan Sulu

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan