26.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 16, 2021

Doktor kontrak: PM bincang dengan Jemaah Menteri

Mesti Baca

KLANG – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berbincang dengan Jemaah Menteri berkenaan rayuan doktor kontrak yang mahu dilantik ke jawatan tetap dalam sektor perkhidmatan awam.

Memetik laporan Bernama, beliau berkata, perkara itu perlu dibincang dengan teliti memandangkan ia akan membabitkan kos yang tinggi iaitu lebih RM2 bilion kepada kerajaan.

“Ada rayuan daripada doktor-doktor kontrak, jadi kertas cadangan oleh Kementerian Kesihatan akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri.

“Kalau kita hendak (tunaikan permintaan) itu ia akan libatkan kos yang tinggi lebih dari RM2 bilion dalam keadaan sekarang ada keterbatasan sikit jadi kita tengoklah macam mana keadaan yang dapat kita atasi.

“Mereka meminta untuk dijadikan jawatan tetap dan sebagainya, ini saya telah minta untuk dibawa ke Jemaah Menteri kerana kita akan bincang apa keputusan yang munasabah,” katanya kepada kepada pemberita selepas melawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, hari ini.

Baca juga:   Penarafan BBB+: Ekonomi Malaysia terus berdaya tahan

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba meminta doktor kontrak supaya bersabar sementara isu dihadapi mereka dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Kertas cadangan itu sedang diperincikan supaya skim perkhidmatan kontrak dalam Kementerian Kesihatan lebih bermanfaaat

Dr Adham berkata, setakat 21 Mei lalu, terdapat 35,216 pegawai lantikan secara kontrak untuk tiga skim iaitu 23,077 bagi pegawai perubatan, 5,000 untuk pegawai pergigian dan 7,139 membabitkan pegawai farmasi.

Baca juga:   5 lagi kes jangkitan COVID-19 dari Dewan Rakyat

Menurut beliau, selain tiga skim berkenaan, lantikan kontrak turut membabitkan skuad latihan siswazah iaitu seramai 12,153 orang bagi satu kitaran.

Kementerian Kesihatan juga telah melakukan penyelarasan gred dari UD41 ke UD43 iaitu gred dan gaji hampir sama dengan doktor lantikan tetap.

Pada 1 Julai lalu, jurucakap Hartal Doktor Kontrak, Dr Mustapha Kamal A Aziz berkata, pihaknya menuntut kerajaan menawarkan pelantikan tetap kepada semua pegawai perubatan lantikan kontrak sedia ada dan memohon penjelasan terperinci kriteria pelantikan tetap.

Tindakan drastik itu akan dilaksanakan pada 26 Julai ini sekiranya kerajaan tidak memenuhi tuntutan berkenaan dan tidak ada hitam putih mengenainya dalam tempoh tiga minggu ini. – EDISI 9

Baca juga:   PM ingatkan pemimpin GRS jangan lupa amanah rakyat

Terkini

PPN bawa sinar terang di hujung terowong

PELAN Pemulihan Negara (PPN) yang dirancang kerajaan sejak Jun lalu ternyata telah berjaya membawa sinar yang terang di hujung...

Lagi Artikel Berkaitan