27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

204 petugas PPV IDCC positif COVID-19, lima langkah diambil

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kerajaan mengambil lima langkah segera susulan 204 petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam disahkan positif COVID-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata keputusan berkenaan diperolehi selepas saringan dilakukan secara beramai-ramai pada 10 Julai lalu.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai yang hadir untuk vaksinasi di IDCC Shah Alam pada 9, 10, 11 dan 12 Julai diminta melaksana kawalan kendiri selama 10 hari.

“Mereka dikehendaki melakukan kawalan kendiri bagi melihat samada berlaku gejala jangkitan selama 10 hari daripada tarikh kehadiran di PPV itu,” katanya pada sidang media khusus PPV IDCC  di sini. 

Beliau berkata, pihaknya mendapati pendedahan jangkitan wabak COVID-19  di PPV itu bermula pada 9 Julai lalu.

“Gejala-gejala jangkitan adalah berbeza selepas suntikan vaksin. Jika ada apa-apa gejala seperti jangkitan COVID-19, mereka disarankan adakan ujian saringan,” katanya. 

Menurutnya, beliau telahpun mengeluarkan beberapa arahan segera sebagai langkah awal sebaik sahaja dimaklumkan berkenaan dengan perkara tersebut malam tadi, antaranya dengan mengarahkan penutupan PPV IDCC Shah Alam serta-merta hari ini supaya kerja-kerja sanitasi dapat dilakukan.

Advertisements

“Kedua, memaklumkan kepada penerima janji temu mengenai penutupan menerusi maklumat khidmat pesanan ringkas (SMS) dan media sosial dan kesemua mereka akan mendapat tarikh yang baharu.

“Langkah ketiga, dengan mengarahkan petugas CITF memantu mereka yang tidak menyedari penutupan PPV IDCC.

“Keempat, mengasingkan kesemua petugas sebelum ini, dengan menukar petugas baharu dan dengan langkah yang dibuat ini ia adalah bagi membolehkan potensi jangkitan COVID-19 dapat dikurangkan.

“Langkah kelima, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) diarahkan supaya melakukan pemantauan kualiti pengudaraan di kawasan tersebut,”katanya.

Bagaimanapun, Khairy memaklumkan orang ramai tidak perlu khuatir untuk hadir ke PPV IDCC esok kerana pelbagai langkah sesuai telahpun dilaksanakan.

Dalam masa sama, beliau berkata, mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) juga memutuskan supaya semua PPV lain segera memaklumkan apa-apa masalah dengan segera kepada CITF Pusat khususnya berkaitan isu kesesakan di PPV.

IDCC Shah Alam ditutup hari ini berikutan kes positif COVID-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan