34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PPV IDCC Shah Alam ditutup sehari, petugas positif Covid-19

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam ditutup sehari hari ini susulan kes positif Covid-19 dikenal pasti dalam kalangan petugasnya.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) berkata, langkah segera itu diambil berikutan keputusan ujian Covid-19 yang diperoleh malam tadi.

CITF berkata, penutupan sementara PPV itu bagi membolehkah kerja-kerja sanitasi dijalankan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, CITF juga menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC di antara 29 Jun hingga 12 Julai agar membuat penilaian kendiri dan sekiranya bergejala diminta menjalankan ujian saringan Covid-19,” kata badan itu dalam satu kenyataan awal pagi ini.

CITF berkata, janji temu yang telah diberikan pada hari tersebut akan dijadualkan semula kepada satu tarikh lain yang akan dimaklumkan secepat mungkin.

“Butiran lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-88934303,” kata kenyataan tersebut. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan