31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Arab Saudi sudah iktiraf vaksin Sinovac – Zulkifli

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kerajaan Arab Saudi telah mengiktiraf vaksin jenis Sinovac selepas membenarkan vaksin keluaran China berkenaan memasuki dalam senarai antara vaksin yang boleh diterima bagi memasuki negara itu.

Perkongsian perkembangan baik tersebut telah disampaikan,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi hantaran di Facebook  malam tadi.

Beliau berkata, Arab Saudi telahpun menyenaraikan vaksin berkenaan sebagai antara yang diterima sebagai syarat kemasukan ke negara itu.

“Alhamdulillah, Arab Saudi menyenaraikan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.

“Boleh sampaikan (keputusan itu) kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang.

“Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Advertisements

Zulkifli berkata, dengan pengumuman oleh kerajaan Arab Saudi itu, mereka yang menerima suntikan vaksin Sinovac sebelum ini tidak perlu lagi khuatir jika mereka tidak dibenarkan memasuki negara itu untuk menunaikan haji dan umrah.

Justeru, beliau berkata, pihaknya kini akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk pastikan lebih ramai mendaftar dan hadir untuk vaksinasi.

Selain Sinovac, Kerajaan Arab Saudi turut menyenaraikan satu lagi vaksin COVID-19 buatan China iaitu Sinopharm.

Sebelum ini, Arab Saudi hanya menerima empat vaksin COVID-19 iaitu keluaran Pfizer BioNTech, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja.

Ia adalah prasyarat wajib yang diputuskan Kerajaan Arab Saudi bagi bakal jemaah yang berhasrat ke Tanah Suci. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan