27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Perjanjian penyelarasan pinjaman peneroka bersifat adil

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menjelaskan bahawa perjanjian penyelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat adalah adil kepada peneroka dan FELDA.

Menurut FELDA, pihaknya bersetuju untuk menghapuskan sebahagian hutang peneroka sehingga setakat 31 Disember 2019.

Jelas FELDA, penghapusan itu adalah berdasarkan syarat peneroka perlu menghantar hasil atau menyerahkan pengurusan kebun kepada FELDA.

“Peneroka masih dibenarkan mengurus kebun sendiri dengan syarat menghantar hasil sepenuhnya kepada FELDA, membayar ansuran bulanan pinjaman sepenuhnya setiap bulan dan melaksanakan pengurusan kebun mengikut kaedah, piawaian, prosedur operasi standard (SOP) dan amalan pertanian baik yang ditetapkan oleh FELDA,” kata agensi berkenaan dalam notis yang disiarkan melalui Facebook.

Penjelasan itu diberi ekoran berlaku kekeliruan dalam kalangan peneroka berhubung terma yang terkandung dalam perjanjian penyelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat.

Dalam hantaran Facebook berkenaan, FELDA memberitahu, objektif utama inisiatif Perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka yang diumum sempena Hari Peneroka FELDA 2021 adalah bagi menerapkan kebersamaan FELDA dan peneroka melalui satu sistem pengurusan ladang yang lestari.

FELDA memberitahu, inisiatif itu secara langsung akan memberi manfaat kepada warga peneroka terutamanya dari segi pendapatan.

“Pengurusan di peringkat wilayah dan rancangan siap siaga membantu warga peneroka yang mempunyai kekeliruan atau hubungi kami di platform rasmi FELDA.

“Laman sesawang Aduan FELDA https://felda.spab.gov.my atau hubungi FELDA di aplikasi WhatsApp 012-259 4214,” jelas FELDA.

Ketika merasmikan Hari Peneroka FELDA 2021 pada 7 Julai lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan khabar gembira kepada para peneroka FELDA apabila kerajaan bersetuju membantu melupuskan sebahagian hutang pinjaman legasi mereka berjumlah RM8.3 bilion.

Perdana Menteri berkata, pelarasan bersyarat itu merangkumi penyelarasan sebahagian baki pinjaman tanam semula sehingga 31 Disember 2019 berjumlah RM8 bilion yang memberi manfaat kepada 92,441 peneroka atau 82 peratus daripada keseluruhan 112,638 peneroka di seluruh negara.

Selain itu, ia juga merangkumi pelarasan sebahagian baki tunggakan pinjaman baja sehingga 31 Disember 2019 berjumlah RM168 juta melibatkan 53,180 peneroka atau 46 peratus daripada jumlah peneroka. – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan