25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Rekod tertinggi! 11,079 kes jangkitan baharu COVID-19

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kes jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia mencatatkan jumlah 11,079 kes, rekod tertinggi sejak pandemik itu melanda negara awal tahun lalu.

Rekod tertinggi sebelum ini adalah sebanyak 9,353 kes yang dilaporkan pada 9 Julai lalu.

Maklumat terkini itu dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam laman Facebook beliau, hari ini.

Semalam, situasi COVID-19 di Malaysia mencatatkan sebanyak 8,574 kes jangkitan baharu berbanding 9,105 kes baharu kelmarin; 9,353 kes pada 10 Julai dan 9,180 kes pada 9 Julai lalu.

Secara keseluruhan, sebanyak 855,949 kes COVID-19 direkodkan di Malaysia setakat ini.

Selangor menunjukkan peningkatan mendadak dengan 5,263 kes baharu diikuti Kuala Lumpur (1,521 kes), Negeri Sembilan (1,033 kes), Kedah (497 kes), Sarawak (472 kes), Johor (406 kes), Perak (329 kes), Melaka (323 kes), Pahang (321 kes), Sabah (239 kes), Pulau Pinang (234 kes) dan Kelantan (211 kes).

Terengganu pula mencatatkan sebanyak 93 kes baharu diikuti Putrajaya (77 kes) dan Labuan (60 kes).

Tiada kes jangkitan baharu dilaporkan di Perlis hari ini.

Dalam kenyataan media, Dr Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 125 pesakit COVID-19 meninggal dunia di seluruh negara hari ini.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 57 kes kematian dilaporkan di Selangor, 20 kes di Kuala Lumpur, 13 kes di Negeri Sembilan, sembilan kes di Melaka, masing-masing tujuh kes di Kedah dan Johor, tiga kes di Pahang, masing-masing dua kes di Pulau Pinang, Perak, Sabah, dan Sarawak, serta satu kes di Kelantan,” jelasnya.

Jumlah kematian terkumpul akibat COVID-19 setakat ini adalah sebanyak 6,385 kes.

Sebanyak 96,236 kes dilaporkan masih aktif di mana 972 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 456 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Seramai 5,990 pesakit COVID-19 sembuh hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 753,328 kes.

Dr Noor Hisham menambah, sebanyak 23 kluster baharu dikesan menjadikan jumlah keseluruhan 3,116 kluster.

Sebanyak 2,246 kluster telah tamat manakala 870 kluster lagi masih aktif. – EDISI 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan