30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bapa Ustaz Ebit Lew meninggal dunia petang ini

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Bapa pendakwah dan usahawan terkenal, Ustaz Ebit Lew meninggal dunia di Hospital Gleneagle petang ini.

Kematian Allahyarham Ibrahim Lew itu disahkan oleh Ebit dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

“Saya dalam perjalanan ke Gleanagle Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang.

“Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah, Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan al-Fatihah,” katanya.

Beliau juga reda dengan pemergian Allahyarham yang sebelum ini terlantar sakit di hospital berkenaan.

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia.

“Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti ebit sampai yer. Ya Allah ampunilah bapak.

“Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.

“Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama.

“Ya Allah, inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untuk kami anak-anak,” kata Ustaz Ebit Lew lagi dalam hantaran tersebut.

Netizen turut mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham dan mendoakan kebaikan untuk rohnya. – EDISI 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan