31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Serap doktor kontrak ke jawatan tetap – Mat Hasan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru kerajaan menyerap doktor-doktor kontrak ke jawatan tetap sebagaimana yang dituntut kumpulan terbabit.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, ini kerana penyerapan ke jawatan tetap merupakan penyelesaian yang diperlukan ketika negara sedang berdepan dengan pandemik COVID-19.

Beliau berkata, sudah tiba masanya kerajaan meningkatkan perbelanjaan sektor kesihatan bagi memperbaiki kelemahan sistem kesihatan yang jelas kelihatan sepanjang 18 bulan pandemik ini berlaku.

Berikut kenyataan penuh beliau yang dimuat dalam Facebooknya malam tadi:

Hartal pegawai perubatan kontrak akan diteruskan esok (hari ini). Tawaran penyelesaian yang telah diumumkan Perdana Menteri, walaupun adalah langkah kehadapan yang positif, tetapi masih tidak menyelesaikan tuntutan mereka.

Tuntutan mereka jelas. Serapan ke jawatan tetap tidak berpencen, mencukupi dengan caruman untuk laluan kerjaya yang lebih menjamin.

Penyerapan mereka ke jawatan tetap adalah penyelesaian yang Malaysia perlukan.

Pandemik 18 bulan telah menonjolkan pelbagai kelemahan ketara dalam sistem kesihatan kita. Malaysia memerlukan peningkatan drastik untuk sistem kesihatannya.

Pelaburan kita dalam sektor kesihatan sangat perlu dipertingkatkan. Ini mesti dalam lingkungan 7 peratus hingga 10 peratus GDP (Keluaran Dalam Negara).

Paradigma akses universal mesti beralih dan diselarikan dengan peningkatan kualiti perubatan.

Advertisements

Nisbah yang lebih baik untuk doktor kepada penduduk mesti diutamakan. Nisbah pakar untuk 10,000 penduduk wajar dipertingkatkan dari 3.4 pada 2018 kepada 15 selari dengan tanda aras OECD.

Penyelidikan, kesihatan pencegahan, digitilasasi serta sistem sokongan lain, semuanya memerlukan peningkatan berganda.

Mengambil kira sumbangan, titik peluh dan pengorbanan doktor kontrak kita, terutamanya sewaktu pandemik, saya menyeru Kerajaan menyerapkan mereka ke perjawatan tetap.

Lakukan ia sebagai suatu pengiktirafan khas dalam sejarah perubatan negara.

Untuk kohort selepas mereka, keluarkan garis panduan baru yang lebih jelas untuk memasuki perkhidmatan kerajaan bagi memastikan tiada berlakunya lambakan pegawai perubatan.

Tidak semua doktor dalam sistem Kerajaan akan selamanya dengan Kerajaan. Akan ada mereka yang memilih haluan lain.

Namun pengalaman mereka dalam perkhidmatan kerajaan lah yang akan memberikan mereka wibawa yang mereka perlukan untuk masa depan mereka, bukan ganjarannya.

Kepada semua doktor kontrak Malaysia, saya menyeru, hartal anda adalah hak anda untuk bersuara dan menunjuk rasa. Tetapi semasa negara menghadapi krisis kesihatan ini, fikirkan sebaik-baiknya.

Kami menghormatinya dan kami juga mengiktiraf sumbangan anda pada tanahair.

Insyallah perjuangan anda adalah juga perjuangan kami demi Malaysia yang lebih baik. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan