28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

134 pelajar Sabah UPSI terima sumbangan bakul makanan

Mesti Baca

TANJUNG MALIM – Seramai 134 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berasal dari Sabah menerima bantuan bakul makanan dan kit kebersihan sumbangan Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), semalam.

Inisiatif tersebut turut mendapat kerjasama Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad dan Mercy Malaysia.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Arthur Joseph Kurup di Dewan Sri Tanjung, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI di sini.

Arthur berharap sumbangan itu dapat membantu meringankan beban pelajar-pelajar dari Sabah yang terpaksa tinggal di kampus dan tidak dapat pulang bersempena cuti semester berikutan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara fasa 1 dan 2.

Advertisements

“Selain itu juga, bantuan yang diberikan ini juga akan dapat mengurangkan pergerakan pelajar untuk keluar bagi mendapatkan barangan keperluan harian,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengetua Kolej Kediaman UPSI, Prof Madya Dr Mohd Nizam Nasrifan berkata, UPSI mengucapkan terima kasih atas keprihatinan itu yang sedikit-sebanyak dapat meringankan beban mahasiswa.

Yang turut hadir, Penasihat Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS), Mohd Fadhil Abdullah. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan