25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Proses vaksinasi di Johor perlu disegerakan – TMJ

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, proses vaksinasi di Johor perlu dipercepatkan untuk memastikan negara mencapai imuniti kelompok dan membolehkan ekonomi Johor kembali pulih dengan cepat.

Titah Tunku Ismail, baginda benar-benar memahami rungutan rakyat Johor mengenai kadar vaksinasi yang perlahan.

“Saya telah diberitahu oleh YB Khairy Jamaluddin dan pegawai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bahawa Johor telah menerima 165,000 dos vaksin pada hari ini untuk menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 695,370 dos untuk bulan Julai.

“Johor sepatutnya menerima 1.293 juta untuk bulan Julai tetapi terdapat kelewatan dari Pfizer dan Sinovac.

“Walau bagaimanapun, sebanyak 570,000 dos dijangka tiba pada 29 Julai,” titah baginda menerusi ciapan Twitter.

Titah baginda lagi, kerajaan negeri turut memaklumkan mereka boleh memberi sehingga 60,000 dos vaksin sehari, tetapi purata kadar pemberian kini adalah lebih kurang 30,000 sehari pada minggu lepas.

“Sehubungan dengan itu, saya telah menitahkan kepada kerajaan negeri dan agensi-agensi terlibat untuk segera mencari kaedah untuk mempertingkatkan lagi kadar vaksinasi termasuk mendapatkan vaksin secara langsung,” titah baginda.

Titah baginda, bangsa Johor telah melaksanakan tanggungjawab mereka dalam aktiviti pendaftaran vaksin dengan 91 peratus populasi dewasa telah mendaftar.

“Ini juga telah dibantu oleh insiatif Southern Volunteers yang telah membantu lebih dari setengah juta bangsa Johor untuk mendaftar,” titah baginda. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan