25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 29, 2021

PPV Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan mula operasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan, Balakong yang telah diluluskan sebagai fasiliti Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telahpun memulakan operasinya hari ini.

Seramai 2,000 kakitangan telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada hari ini, dan disusuli dengan sasaran 600 penerima vaksin setiap hari.

Secara keseluruhan, seramai 2,900 kakitangan Rapid Bus sudah didaftarkan untuk urusan vaksinasi di PPVIN Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan dan dengan menjadikan aset sebagai PPV akan mampu menyediakan vaksinasi untuk kakitangan Rapid Bus.

Turut hadir menyaksikan perjalanan operasi Pusat Penyediaan Vaksin Industri (PPVIN) Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan, Balakong, di sini hari ini adalah Pengerusi Rapid Bus, Datuk Seri Mustafar Ali.

Mustafar gembira dan berpuas hati atas kelancaran proses ini dan berharap semua petugas meneruskan khidmat cemerlang mereka bagi memastikan sasaran imuniti kelompok dapat dicapai.

PPV rapid bus
Seorang kakitangan Rapid Bus selesai menerima vaksin COVID-19 di PPV Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan hari ini.

Terdahulu, PPV Stesen LRT Putra Heights mula beroperasi kelmarin selepas diluluskan sebagai fasiliti Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk menyokong PICK.

Baca juga:   Vaksin: Proses pendaftaran secara automatik dikaji - Muhyiddin

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang melawat PPV Stesen LRT Putra Heights kelmarin, menyifatkan pembukaan PPV ini melengkapkan pemberian vaksin bagi sektor pengangkutan sebagai antara perkhidmatan perlu bagi memastikan kelangsungan hidup rakyat selain memastikan pergerakan barangan dan penumpang tidak terjejas.

“Para petugas perkhidmatan rel dan bas tetap memainkan peranan penting mereka demi manfaat rakyat walaupun berdepan risiko jangkitan COVID-19,” katanya.

Baca juga:   Kasihan Mahathir diperguna DAP, Anwar pula mungkin 'melopong lagi'?

Pusat di Kompleks Bas Rapid Bus Cheras Selatan akan dibuka selama enam hari sehingga 26 Julai untuk urusan pemberian dos pertama.

PPV Rapid Bus
Kakitangan Rapid Bus menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin masing-masing.

Sementara itu, menurut kenyataan media Prasarana, langkah pembukaan kedua-dua pusat vaksinisasi itu dibuat selepas Prasarana mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan dan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), yang membuat tinjauan dan pemeriksaan terhadap kedua-dua aset pengangkutan awam itu pada 11 Julai.

Kedua-dua premis dipilih kerana lokasi yang strategik serta mempunyai ruang yang luas dan selesa, sesuai dengan keperluan yang digariskan oleh CITF. – EDISI 9

Terkini

Kos penyediaan RMK-12 kecil sahaja, bukan RM2 bilion

CYBERJAYA - Kerajaan tidak pernah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sepertimana didakwa...

Lagi Artikel Berkaitan