27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Lebih 40 hektar sawah terbiar Kg Labuan dimajukan

Mesti Baca

Oleh AMRAN SIBIN

KOTA BELUD – Kira-kira 40.5 hektar sawah terbiar di Kampung Labuan, di sini berjaya diusahakan semula menerusi program Pemulihan Tanah Terbiar dilaksanakan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Sawah yang terbiar dan menjadi belukar sejak beberapa tahun lalu, kini dapat diusahakan semula dengan jangkaan pada musim penanaman padi selewat-lewatnya bulan depan.

Setiausaha Kumpulan Pengguna Air (KPA) Kampung Labuan, Hamzah Salleh berkata, ini membuktikan kerajaan Persekutuan dan negeri sentiasa membela nasib pesawah dengan memulihkan sawah terbiar serta menaiktaraf kemudahan prasarana sawah seperti pengairan dan jalan ke kawasan pertanian.

Beliau berkata, antara usaha dilakukan kerajaan adalah menyalurkan peruntukan membersihkan kawasan belukar tebal yang menyebabkan pembajakan sawah sukar dilaksanakan.

Kampung Labuan
Jentera digunakan untuk membersihkan sawah terbiar di Kampung Labuan, Kota Belud. – Gambar: Amran Sibin

Selain itu katanya, ada projek membina semula batas sawah yang rosak, menaik taraf saliran sawah dan membina jalan ke sawah.

“Prasarana sawah juga sentiasa dinaik taraf seperti pemasangan pembetung untuk memastikan pesawah terus bertani bagi meneruskan kelangsungan hidup,” katanya yang memuji komitmen tinggi Menteri Pertanian dan Industri Makanan Pusat, Datuk Seri Ronald Kiandee memajukan sektor penanaman padi.

Kampung Labuan
Hamzah Salleh di lokasi sawah terbiar yang diusahakan semula di Kampung Labuan. – Gambar: Amran Sibin

KPA adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah IADA yang menguruskan kira-kira 202.3 hektar prasarana sawah di Kampung Labuan.

Advertisements

Menurut kajian yang dilakukan untuk Pelan Pembangunan Penanaman Padi, Kota Belud berpotensi mencapai sehingga 20,000 hektar.

sawah terbiar
Kerja-kerja meratakan sawah terbiar menerusi IADA di Kampung Labuan, Kota Belud. – Gambar: Amran Sibin

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Biro Pengairan KPA Kampung Labuan, Ismail Geran, berkata banyak projek pembangunan prasarana sawah dilaksanakan yang semuanya memberi manfaat kepada petani.

Katanya, kawasan jelapang padi Kampung Labuan dan Wakap antara yang mendapat manfaat daripada komitmen tinggi kerajaan memajukan ekonomi petani.

“Cuma sekarang ini, cabaran besar kami adalah amat kurang generasi muda yang berminat menjadi pesawah menyebabkan tanah keluarga mereka disewakan kepada pihak ketiga,” katanya yang berharap golongan belia tidak takut menjadi petani kerana sektor itu mampu memberikan pendapatan lumayan.

Februari lalu, Ronald dilaporkan berkata, kerajaan Pusat telah memperuntukkan sebanyak RM360 juta bagi melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran dan pengairan serta kaedah pengurusan tanaman di IADA Kota Belud.

Pada masa sama, beliau turut menekankan usaha kementeriannya untuk terus memperkasa konsep penanaman padi berskala besar bagi meningkatkan hasil sawah yang dengan sendirinya meningkatkan pendapatan petani.

Kampung Labuan
Pengerusi KPA Kampung Labuan, Amran Sibin.

Konsep penanaman padi berskala besar perlu dilakukan secara baik dengan menerapkan pendekatan baharu yang boleh mengurangkan kos, mekanisme moden serta pengaplikasian kaedah pertanian tepat.

Ini akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada beras import yang secara automatik berupaya meningkatkan pengeluaran padi negara, sekali gus melonjakkan pendapatan pesawah. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan