25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PPN bersifat dinamik, sentiasa ditambah baik

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersifat dinamik dan akan sentiasa ditambah baik berdasarkan situasi dan keperluan semasa.

Memetik laporan Bernama, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan bersedia malah turut memberi komitmen untuk membabitkan pakar dalam menilai perjalanan pelan berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Penyelaras PPN memberitahu, perkara itu adalah seperti diputuskan dalam mesyuarat pertama jawatankuasa Khas Kabinet mengenai PPN (JKKPPN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

“Kita kena sentiasa tangkas dan bersedia untuk ubah perancangan yang dinamik dari segi pelan kita ini.

“Kita juga telah bersetuju dan akan melantik dan mendengar nasihat pakar dalam bidang masing-masing selain membuat kajian diperlukan dengan libat urus semua pihak berkepentingan.

Advertisements

“Yang pentingnya, kita akan tambah baik strategi sedia ada berdasarkan situasi semasa,” katanya selepas melakukan tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya di sini, hari ini.

Tengku Zafrul menambah, PPN bukan sekadar membabitkan pakej rangsangan, sebaliknya ia mempunyai enam prinsip utama yang akan membantu ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

Menurut beliau, enam prinsip utama PPN ialah mengimbangi nyawa dan kehidupan, memberi kejelasan dan membina semula kepercayaan, mengkelaskan sains dan data, mengambil pendekatan seluruh masyarakat, memastikan pelan yang dinamik dan penyesuaian berterusan serta memberi asas kepada pemantauan prestasi PPN.

JKKPPN berfungsi memantau pelaksanaan strategi serta bantuan di bawah PPN bagi memastikan Malaysia mampu keluar daripada kemelut pandemik COVID-19 secara berfasa dan sistematik.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan