26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

1.293 juta vaksin melalui PICK tiba di Johor bulan ini – TMJ

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sebanyak 1.293 juta dos vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan tiba di Johor secara berperingkat bulan ini, kata Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda HRH Crown Prince of Johor, baginda bertitah daripada angka itu, sejumlah 583,000 ialah vaksin jenis Pfizer-BioNTech, 637,000 vaksin Sinovac dan 73,000 vaksin AstraZeneca.

“Saya akan turut serta untuk penerimaan vaksin dan memastikan ia diberikan kepada semua Bangsa Johor dengan efisien dan tepat pada masanya. Saya juga telah diberi penerangan oleh pihak berwajib mengenai jumlah pendaftaran dan cara pengedaran vaksin.

“Saya yakin ramai Bangsa Johor akan diberi vaksin dalam beberapa minggu ini menjelang kita ke arah mencapai tahap imunisasi kelompok. Saya juga ingin mengingatkan seluruh Bangsa Johor untuk mendaftar vaksin dan mendapatkan vaksinasi,” titah baginda.

Tunku Ismail turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin serta pihak berkuasa berkaitan yang telah menjayakan usaha itu.

Advertisements

Info grafik yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor menunjukkan setakat 4 Julai, sebanyak 460,094 dos pertama telah diberikan dan sejumlah 268,137 orang telah lengkap dua dos vaksinasi.

Pada 23 Jun lalu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan kekecewaan terhadap kadar vaksinasi di negeri itu yang dilihat masih perlahan.

Baginda bertitah, setakat ini hanya 10 peratus daripada 3.78 juta populasi di negeri ini telah menerima suntikan vaksin menerusi Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Baginda turut menyeru kerajaan pusat untuk mempertingkatkan lagi bekalan serta kadar vaksinasi termasuk di Johor. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan