27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 22, 2021

9,353 kes! Rekod tertinggi tercatat lagi hari ini

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Jumlah kes jangkitan baharu COVID-19 hari ini mencatatkan angka 9,353 kes iaitu yang tertinggi sejak pandemik itu melanda negara awal tahun lalu.

Maklumat terkini itu dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam laman Facebook beliau, hari ini.

Semalam, sebanyak 9,180 kes jangkitan baharu COVID-19 direkodkan di mana jumlah itu melepasi angka 9,000 untuk kali pertama.

kes tertinggi

Secara keseluruhan, sebanyak 827,191 kes jangkitan positifr COVID-19 dilaporkan di Malaysia setakat ini.

Selangor mencatatkan peningkatan kes baharu yang tertinggi iaitu 4,277 kes diikuti Kuala Lumpur (1,398 kes), Melaka (835 kes), Negeri Sembilan (638 kes), Johor (399 kes), Kedah (364 kes), Sarawak (352 kes), Sabah (251 kes), Pahang (247 kes), Pulau Pinang (180 kes) dan Perak (145 kes).

Kelantan pula merekodkan sebanyak 89 kes diikuti Labuan (85 kes), Terengganu (50 kes), Putrajaya (39 kes) dan Perlis (4 kes).

Dari segi jumlah keseluruhan, Selangor mencatatkan sebanyak 281,670 kes diikuti Kuala Lumpur (87,711 kes), Johor (74,436 kes), Sabah (72,042 kes), Sarawak (68,599 kes), Negeri Sembilan (51,851 kes), Pulau Pinang (36,376 kes) dan Kelantan (35,991 kes).

Baca juga:   Semakin banyak PKRC ditutup di Negeri Sembilan
covid kes tertinggi

Perak merekodkan jumlah keseluruhan 28,903 kes diikuti Kedah (28,202 kes), Melaka (21,597 kes), Pahang (15,848 kes),Terengganu (11,721 kes), Labuan (9,087 kes), Putrajaya (2,550 kes) dan Perlis (607 kes).

Baca juga:   60.2% populasi dewasa lengkap vaksin, capai sasaran awal

Dalam kenyataan media hari ini, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 87 kematian akibat COVID-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 50 kes di Selangor, lapan kes di Johor, enam kes di Pahang, masing-masing lima kes di Kuala Lumpur, Kedah, dan Negeri Sembilan, empat kes di Melaka, dua kes di Pulau Pinang, serta masing-masing satu kes di Kelantan dan Labuan.

Seramai 5,910 pesakit COVID-19 sembuh hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 737,103 kes.

Sebanyak 84,021 kes masih aktif di mana 959 kes dirawat di unit rawatan rapi manakala 451 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 29 kluster baharu dikesan hari ini yang terdiri daripada 19 kluster tempat kerja, lima kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan tiga kluster pusat tahanan.

Secara keseluruhan, sebanyak 3,058 kluster dikesan setakat ini di mana 2,188 kluster telah tamat dan 870 kluster masih aktif. – EDISI 9

Baca juga:   PM minta masyarakat bantu peniaga

Terkini

Majlis-majlis Pemulihan Negeri pastikan PPN dilaksana secara holistik

PENUBUHAN Majlis-majlis Pemulihan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing merupakan pendekatan terbaik bagi memastikan Pelan...

Lagi Artikel Berkaitan