27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Rasuah: Selepas ASP, seorang lagi pegawai kanan polis ditahan

Mesti Baca

CYBERJAYA –  Seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) direman selama lima hari mulai hari ini, bagi membantu siasatan melibatkan satu kes rasuah.

Difahamkan, perintah reman terbaru ini adalah susulan daripada penahanan reman seorang lagi pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP), semalam.

Kedua-dua suspek berusia 48 tahun.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Dinie Shazwan Abdul Shukor di Mahkamah Majistret, di Kota Bharu hari ini.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan Rosli Husain mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Advertisements

Semalam, pegawai kanan polis berpangkat ASP itu direman selama empat hari bagi siasatan lanjut selepas disyaki terbabit dalam meminta suapan sebanyak RM200,000 daripada pasangan pengedar dadah.

Menurut sumber, lelaki itu ditahan selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM Kelantan di Kota Bharu pada jam 10 pagi semalam.

 Rosli n berkata suspek dipercayai meminta suapan itu tiga bulan lepas untuk melepaskan kes berkaitan dadah.

Menurutnya, tangkapan itu membabitkan nilai terbesar dikesan SPRM Kelantan setakat tahun ini.

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan