29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pokok tumbang halang laluan masuk kawasan PKPD

Mesti Baca

Oleh MOHD AZRONE SARABATIN

KOTA BELUD – Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang berpakaian perlindungan diri (PPE) bertindak menebang pokok yang tumbang di jalan raya kerana menghalang laluan ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Pantai Emas, di sini.

Pokok yang tumbang di jalan raya itu bukan saja menghalang laluan utama ke kampung itu, malah menyukarkan penghantaran makanan ke kawasan dikenakan PKPD sejak 4 Julai lalu hingga 17 Julai ini.

Jawatankuasa Petugas Khas COVID-19 Kampung Pantai Emas turut membantu menebang dan memotong serta mengalihkan batang dan ranting pokok bagi membolehkan petugas Kementerian Kesihatan, APM dan pemimpin setempat memasuki kawasan berkenaan untuk memantau penduduk dan menyalurkan bantuan makanan.

pokok tumbang
Anggota APM yang memakai PPE lengkap menebang pokok tumbang yang menghalang jalan ke kawasan PKPD Kampung Pantai Emas, Kota Belud. – Gambar: Ihsan penduduk Pantai Emas

Pada 2 Julai lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, dua lokaliti dikenakan PKPD di Kota Belud iaitu iaitu Kampung Siasai Dundau dan Kampung Pantai Emas.

Advertisements

Katanya, sebanyak lapan kes direkodkan di Kampung Siasai Dundau selepas 15 individu disaring manakala di Kampung Pantai Emas, seramai 73 orang disaring dan 10 kes dilaporkan.

PKPD Sabah
Jawatankuasa Petugas Khas COVID-19 Kampung Pantai Emas membantu mengangkat kayu yang menghalang laluan ke kawasan PKPD Kampung Pantai Emas, Kota Belud. – Gambar: Ihsan penduduk Pantai Emas

Sementara itu, semalam kerajaan mengumumkan akan melaksanakan PKPD di lima lokaliti di Sabah dan Sarawak bermula 16 Julai hingga 29 Julai ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan Pertahanan, berkata empat lokaliti adalah di Sabah, sementara satu lagi di Sarawak.

Di Sabah, kawasan terlibat ialah Kampung Lubak, Beaufort; Blok 2, Blok 6 serta Blok 9, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra, Sandakan; Blok Angsana dan Blok Sumboi-Sumboi, Kampung Seberang Benoni, Papar; dan Kampung Melalam, Sipitang. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan