25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Sidang Dewan Rakyat 15 hari, mulai 6 September

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA –  Mesyuarat pertama sidang Dewan Rakyat bagi penggal keempat, Parlimen ke-14 akan diadakan selama 15 hari mulai 6 September ini selepas sidang mesyuarat khas pada 26 Julai.  

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau menerima pemakluman daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Ketua Majlis.

“Selaras dengan Peraturan 11(2), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang memutuskan takwim Dewan Rakyat bagi penggal keempat, Parlimen Ke-14 adalah seperti berikut.

“Mesyuarat Pertama akan diadakan selama 15 hari mulai 6 September hingga 30 September 2021 manakala, mesyuarat kedua selama 32 hari akan bermula dari 25 Oktober sehingga 16 Disember 2021.

“Dengan pemakluman ini, Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat,Parlimen Ke-14 akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  pada 6 September 2021 bersamaan hari Isnin pada pukul 10 pagi bertempat di Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Pada masa yang sama, Azhar Azizan turut memaklumkan, Seri Paduka telah memberi perkenan untuk Perdana Menteri mengadakan satu mesyuarat khas sebelum tarikh mesyuarat akan datang.

Menurut beliau, perkara itu telah ditetapkan mengikut Peraturan 11(3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat walaupun Proklamasi Darurat bertarikh 11 Januari 2021 masih berkuat kuasa.

“Sehubungan dengan itu, Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin akan menyusul dengan mengeluarkan Pemberitahuan Mesyuarat Khas, tersebut kepada semua ahli–ahli Dewan Rakyat, pada hari ini yang memaklumkan Dewan Rakyat akan bersidang selama lima hari pada Isnin mulai pada 26 Julai 2021 sehingga Khamis, 29 Julai 2021 dan Isnin, 2 Ogos 2021 pada pukul 10 pagi,” katanya.

Beliau juga mengingatkan kepada semua Ahli Dewan supaya  sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelaksanaan Persidangan Parlimen yang telah ditetapkan sepanjang  mesyuarat khas dewan rakyat ini berlangsung, dengan mengambil kira pandangan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang masa. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan