29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pasangan jarak jauh lengkap 2 dos mungkin dibenar rentas negeri

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan bagi membolehkan pasangan dan keluarga jarak jauh yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin dibenarkan rentas negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai seorang bapa, saya sedar betapa pentingnya institusi kekeluargaan itu kepada manusia. 

‘’Walaupun atas faktor keselamatan, ibu atau bapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama. Lebih-lebih lagi jika ibubapa berkenaan sudah pun menerima dua dos vaksin.

Advertisements

”Oleh sebab itu saya sering membawa isu ini dalam mesyuarat MKN, supaya kelonggaran bertemu keluarga dapat dipertimbangkan bagi mereka yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin,’’ katanya.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian melalui Facebook beliau bagi mengulas komen-komen netizen dalam media sosial mengenai perkara itu.

‘’Saya dapati ramai yang menyuarakan keluhan pasangan jarak jauh atau ibubapa yang terpisah dari anak-anak kerana larangan merentas negeri. InsyaAllah, kerajaan sedang memperhalusi cadangan ini bagi membolehkan pasangan dan keluarga jarak jauh disatukan semula,’’ katanya`. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan