31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

38 laporan polis berkaitan isu penjualan vaksin COVID-19 diterima

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Polis menerima sebanyak 38 laporan polis berkaitan isu penjualan vaksin COVID-19 yang membabitkan nilai kerugian berjumlah RM54,500.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, menerusi kes tersebut, polis mengesan wujudnya modus operandi baharu yang digunakan oleh sindiket untuk memperdaya mangsa.

“Dalam kes-kes ini,mangsa akan dihubungi oleh sindiket yang menyamar sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan seterusnya memaklumkan bahawa mangsa akan dikenakan tindakan kerana didapati telah menjual vaksin COVID-19 atas talian melalui Facebook.

“Mangsa yang panik, dengan dakwaan tersebut kemudiannya akan menuruti semua arahan yang diberikan sehingga akhirnya membuat bayaran ke dalam akaun yang diberikan oleh pihak sindiket.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan pihak sindiket yang dilihat mengambil kesempatan dengan memanipulasikan isu semasa untuk mengaut keuntungan  dengan cara yang salah,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, sehingga kini, seramai lapan individu,telah ditahan bagi membantu siasatan yang dijalankan berkaitan kes-kes tersebut.

“Kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan dijalankan. Baki tiga lagi kertas siasatan masih dalam siasatan.

“Bagaimanapun, pihak polis menggesa orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan siasatan kes-kes ini.

“Selaku agensi penguatkuasa undang-undang,polis sentiasa komited dalam memastikan siasatan dijalankan dengan adil dan saksama selaras dengan peruntukan undang-undang,”katanya.

Beliau berkata, polis mengalu-alukan orang ramai untuk menghubungi CCID Scam Reponse Centre melalui talian 03-26101559/1599 sekiranya mempunyai sebarang keraguan mahupun maklumat berkaitan aktiviti jenayah komersial. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan