33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 25, 2021

Amalkan tabayyun cegah fitnah media sosial berleluasa

Must Read

CYBERJAYA – Dalam keadaan maklumat mudah diperoleh di hujung jari, masyarakat dinasihatkan supaya mengamalkan sifat tabayyun bagi mengelakkan fitnah daripada berleluasa.

Pakar sosial, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, sifat itu penting supaya kita sentiasa merujuk kepada sumber asal agar tiada pihak boleh membuat manipulasi atau andaian sendiri sehingga boleh menjejaskan keharmonian, ketenteraman dan kestabilan dalam kalangan masyarakat atau negara.

Beliau berkata, dalam pandemik COVID-19, keadaan menjadi lebih serius yang mana masyarakat lebih gemar membuat interpretasi sendiri dan ‘menjatuhkan hukuman’ kepada pihak lain berdasarkan sumber berita daripada media sosial yang kesahihannya meragukan.

“Lebih menyedihkan, berita yang disebarkan itu direka oleh orang yang tidak bertanggungjawab atau mempunyai kepentingan peribadi untuk membuat provokasi, melaga-lagakan antara satu sama lain sehingga berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat.

Baca juga:   MRA salur sumbangan The Edge kepada ATM

“Dek kerana tiada sifat tabayyun, ramai mempercayai bulat-bulat isu viral dan bertindak melulu berdasarkan apa yang dibaca, ditonton atau didengari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gelagat dalam kalangan masyarakat yang dengan mudah memberi komen negatif dan tidak mempu mengawal emosi ketika mengikuti perkembangan sesuatu isu di media sosial sehingga menimbulkan kekecohan di alam maya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menambah, kini terlalu banyak maklumat boleh didapati dengan mudah dan isu viral pastinya lebih pantas dicapai, namun semuanya memerlukan saringan kendiri.

Baca juga:   Pencarum terjejas boleh keluar 10 peratus Akaun 1

Beliau berkata, masyarakat perlu aplikasikan sifat tabayyun yang bererti mencari fakta tentang sesuatu hingga jelas dan benar keadaannya.

Katanya, sifat itu boleh dipraktikkan dalam pelbagai aspek, justeru jangan sesekali mudah percaya maklumat yang terhidang dalam isu viral di media sosial walaupun yang berunsurkan agama.

“Contohnya, dalam isu vaksinasi, rujuklah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai sumber rasmi.

“Sekiranya sesuatu isu berkait dengan individu atau kumpulan tertentu, kita rujuk sumber asal yang sahih dan jangan bertindak berdasarkan emosi dan sumber tidak pasti kesahihannya kerana dikhuatiri akan menimbulkan kepincangan dalam masyarakat,” katanya. – EDISI 9

Baca juga:   Semua 18 Ahli Parlimen Pas sokong Muhyiddin - Hadi

Latest News

5 nelayan Vietnam lari lokap berjaya dicekup semula

MIRI - Lima nelayan warga Vietnam tahanan lokap Zon Maritim Miri (ZMM) yang meloloskan diri dari lokap pada pada...

More Articles Like This