Wednesday, July 22, 2026

KKM nafi beri kebenaran individu dua dos rentas negeri

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan pihaknya memberikan kebenaran kepada individu yang sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19 untuk merentas negeri.

Menurut KKM, ada pihak tidak bertanggungjawab telah membuat kenyataan menerusi klip video menunjukkan seolah-olah kerajaan memberi kebenaran untuk mereka negeri dan daerah bagi mereka yang lengkap dua dos vaksin.

Klip video berdurasi 20 saat itu tular menerusi Whatsapp.

KKM berkata, klip video itu merupakan suntingan video siaran berita arus perdana bertarikh 1 April lalu yang berdurasi satu minit bagi tujuan untuk mengelirukan orang awam.

“KKM menasihati masyarakat untuk sentiasa membuat semakan di media sosial rasminya untuk mendapatkan maklumat terkini yang sahih,” kata kementerian itu menerusi kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan