24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Buat laporan polis kalau benar Syed Saddiq diugut

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diminta membuat laporan polis berhubung tuduhan beliau diugut dengan tindakan mahkamah sekiranya tidak menyertai Perikatan Nasional (PN).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, kegagalan Syed Saddiq berbuat demikian boleh menyebabkan taktik ugutan digunakan oleh mana-mana parti politik pada masa hadapan.

“Saya amat simpati terhadap beliau ekoran pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi. Biarlah mahkamah menentukannya. Beliau akan menjalani proses tersebut seperti ahli-ahli politik yang lain.

“Bagaimanapun, adalah amat wajar sebagai pemimpin (parti) MUDA, Syed Saddiq berani melaporkan di mana-mana balai polis apa yang telah didakwanya diugut berkali-kali…oleh siapa?

“Laporan perlu dilakukan supaya boleh disiasat kebenarannya. Ini juga membolehkan keadilan dan kedaulatan undang-undang ditegakkan. Berani kerana benarlah, Syed Saddiq,” katanya seperti dipetik daripada laporan PNBBC Portal, hari ini.

Semalam, menerusi video dalam laman Facebook miliknya, Presiden Penaja Parti Ikatan Demokratik (MUDA) itu mendakwa kononnya, jika beliau tidak menyertai PN, beliau diugut untuk didakwa sejak setahun lalu.

Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu berkata, pendakwaan di mahkamah itu merupakan kemuncak kepada ugutan yang diterimanya setiap kali muncul isu undian di Parlimen.

Advertisements

Syed Saddiq dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Beliau yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bagi pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang telah diamanahkan penguasaan ke atas dana Armada, telah melakukan pecah amanah ke atas dana itu, dengan membuat pengeluaran wang berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad, tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, di sini pada 6 Mac 2020.

Pertududan dibuat mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq juga menghadapi tuduhan menyalahgunakan harta iaitu, wang sumbangan untuk kempen PRU-14 sebanyak RM120,000 yang dikutip melalui akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.

Kesalahan itu didakwa dilakukan beliau di Maybank Islamic Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di antara 8 April sehingga 21 April 2018, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan