25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

CITF siasat dakwaan suntikan vaksin kosong

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menyiasat beberapa dakwaan tentang suntikan vaksin COVID-19 kosong yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Menurut CITF, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjalankan siasatan tentang perkara tersebut agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.

CITF memberitahu, kes pertama berlaku pada 17 Julai lalu di pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah di mana PPV tersebut dikhaskan kepada anggota ATM dan ahli keluarga mereka sahaja.

“Vaksinasi di PPV tersebut dilaksanakan oleh petugas daripada Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) di kem tersebut.

“Satu siasatan telah dijalankan oleh pihak ATM mengenai kejadian tersebut di mana individu-individu yang terlibat telah dipanggil untuk memberi penjelasan.

“Tindakan tatatertib telah diambil ke atas petugas vaksinasi tersebut, kata CITF dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Advertisements

Sementara itu, berhubung dakwaan di PPV Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) baru-baru ini, CITF berkata, kejadian didakwa berlaku pada 17 Julai lalu dan orang awam yang terlibat telah membuat laporan polis.

Selain itu, kata CITF, di PPV Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC), dakwaan mengenai suntikan palsu telah dibuat pada 18 Julai lalu dan laporan polis dibuat oleh penyedia perkhidmatan kesihatan (HCO) yang terbabit.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan. Sebarang perkembangan mengenai perkara ini akan dimaklumkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan,” jelasnya.

Sekiranya didapati bersalah, CITF tidak akan teragak-agak untuk menamatkan perkhidmatan petugas yang terlibat dan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang berkenaan perkara ini.

Menurut CITF, seperti mana prosedur operasi standard (SOP), setiap petugas vaksinasi perlu menunjukkan picagari yang berisi vaksin kepada penerima vaksin sebelum suntikan dilakukan.

“Orang ramai juga disarankan untuk melihat picagari tersebut sebelum dan selepas proses vaksinasi bagi menambah keyakinan bahawa dos dan suntikan vaksin telah diberikan seperti yang sepatutnya,” kata CITF. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan