34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

10,972 kes baharu, NS catat 1,340 kes, Selangor tertinggi

Mesti Baca

CYBERJAYA  – Selangor dan Negeri Sembilan mencatatkan jumlah jangkitan paling tinggi daripada keseluruhan 10,972 kes yang dicatatkan di seluruh negara semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah melalui akaun Twitter memberitahu, walaupun Selangor mencatatkan sedikit penurunan namun negeri itu terus kekal tertinggi dengan 4,404 kes berbanding 4,828 kes.

Negeri Sembilan pula menduduki tempat kedua tertinggi selepas jumlah kes baharu kelmarin iaitu 771 kes meningkat kepada 1,340 kes semalam.

Bagaimanapun Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menunjukkan penurunan iaitu daripada 945 kes kepada 609 kes.

Johor dan Kedah pula turut menunjukkan peningkatan kes.

Johor pula daripada 808 kes kelmarin kepada 876 kes semalam manakala Kedah mencatatkan yang mencatatkan 696 kes sebelumnya meningkatkan  kepada 705 kes semalama.

Sabah pula mencatatkan sedikit penurunan daripada 666 kes kepada 651 kes.

Negeri-negeri lain yang mencatatkan peningkatan ialah Sarawak daripada 261 kes kepada 301 kes, Pulau Pinang 426 kes berbanding 295 kes kelmarin, Melaka (474 kes), Pahang (475 kes), Terengganu (144 kes).

WP Labuan mencatatkan 24 kes, WP Putrajaya (48 kes) dan Perlis (1 kes). Perak turun mencatatkan penurunan kes daripada 407 kes kepada 324 kes. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan