24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Rumah alumni UPSI terbakar sehari sebelum Aidiladha

Mesti Baca

TANJUNG MALIM – Rumah milik keluarga seorang alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kampung Titingan, Tawau, Sabah musnah sama sekali dalam insiden kebakaran, Isnin lalu.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Yang Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Ts Dr Suriani Abu Bakar berkata, UPSI bersimpati dengan nasib yang menimpa Mohd Sabri Hassan, lepasan program pengajian Ijazah sarjana Muda Pendidikan (Sains) tahun 2020 yang kehilangan rumah tempat berteduh.

“Sebagai tanda simpati, kami menggerakkan kempen sumbangan untuk Mohd Sabri menerusi Pusat Alumni dengan harapan kalangan warga dan alumni UPSI dapat menghulurkan sumbangan menerusi kempen Alumni Care untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh Mohd. Sabri sekeluarga,” katanya di sini, hari ini.

SURIANI ABU BAKAR UPSI
SURIANI ABU BAKAR

Beliau berharap semoga sumbangan itu dan daripada pihak-pihak lain akan membantu Mohd Sabri membina semula rumah untuk meneruskan kehidupan.

Mohd Sabri, 27, yang merupakan anak kedua daripada empat beradik ketika dihubungi berkata, beliau terpaksa menguruskan pelbagai perkara berikutan bapanya yang sudah berusia 63 tahun menumpang di rumah saudaranya.

“Menyedihkan kerana kejadian kebakaran yang melibatkan 50 buah rumah di perkampungan nelayan ini berlaku sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha,” katanya.

Advertisements

Mohd Sabri berkata, beliau reda dengan musibah yang menimpa dan segala sumbangan diharapkan dapat membina semula rumah yang musnah.

Ketika api marak di kawasan kampungnya, Mohd Sabri sedang membuat persiapan menyambut hari raya bersama keluarga.

“Bapa saya sudah tidak bekerja dan ibu berniaga kecil-kecilan di kampung, tetapi terkesan oleh pandemik COVID-19 , ibu tidak dapat mencari rezeki berniaga,” katanya.

Walau bagaimanapun, Mohd Sabri bersyukur kerana berjaya dalam temuduga sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 baru-baru ini dan masih menunggu surat panggilan penempatan.

Sementara itu Penasihat Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS), Mohd Fadhil Abdullah melahirkan rasa sedih atas kejadian yang berlaku dan meminta Mohd Sabri dan keluarga terus kuat dan tabah meneruskan kehidupan.

Alumni UPSI atau orang ramai yang ingin memberi sumbangan bagi meringankan beban Mohd Sabri sekeluarga boleh menghubungi beliau di talian 011-1957 6326 atau menyumbang terus ke akaun Mohd Sabri Hasan 160037303755 (Maybank). – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan