32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

13,034 kes harian baharu COVID-19, Selangor lepasi angka 6,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes harian baharu COVID-19 hari ini, melonjak tinggi melepasi angka 13,000 dengan 13,034 kes dilaporkan hari ini.

Angka kes di Selangor pula, melepasi 6,000 dengan 6,049 kes dilaporkan, berbanding 5,550 kes kelmarin. 

Dengan pertambahan itu, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sejak pandemik melanda negara, sebanyak 964,918 kes.

Daripada jumlah kes baharu COVID-19 itu, sebanyak 13 kes (0.1 peratus) daripada kes semalam adalah kategori lima (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan) manakala, 72 kes (0.5 peratus) kategori empat (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen).

Selain itu, 124 kes (1.0 peratus) kategori tiga (radang paru-paru), 5,646 kes (43.3 peratus) kategori dua (bergejala ringan) serta 7,179 kes (55.1 peratus) kategori satu (tidak bergejala).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baharu didiagnosis COVID -19.

“Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga berubah status kesihatan sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Ujarnya, secara keseluruhannya, hanya 1.6 peratus kes yang dilaporkan semalam berada pada kategori tiga hingga lima dan 98.4 peratus kes berada pada kategori satu dan dua iaitu pada mula didiagnosis.

Terdahulu, dalam perkongsian di Twitter, Dr Noor Hisham memaklumkan, peningkatan kes turut dilaporkan di mana Kuala Lumpur masih merekodkan kes harian COVID-19 melepasi angka 1,000 dengan 1,611 kes  diikuti Johor sebanyak 791 kes (644 kes).

 “Bagaimanapun, beberapa negeri menunjukkan penurunan kes berbanding kelmarin seperti Negeri Sembilan dengan 711 kes (745 kes), Kedah 701 kes (800 kes), Melaka 353 kes (453 kes), Pahang 261 kes (603 kes), Kelantan 240 kes (386 kes) dan Labuan 24 kes (35 kes).

“Lain-lain negeri, merekodkan kenaikan kes dengan Sarawak sebanyak 644 kes diikuti Sabah (497 kes), Terengganu (391 kes) dan Pulau Pinang (371 kes).

“Selebihnya, Perak dengan 284 kes, Putrajaya (100 kes) dan Perlis (enam kes),” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, terdapat 134 kes kematian dilaporkan pada hari membabitkan 15 kes import.

“Di samping itu, 22 kes meninggal dunia diluar hospital atau Brought In Dead dengan jumlah kes kematian COVID – 19 sebanyak 7,574 kes,” katanya.

Menurutnya lagi, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 juga terus meningkat setiap hari dengan 142,051 kes dilaporkan termasuk 938 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 459 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 32 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 21 kluster tempat kerja, tujuh kluster komuniti serta masing-masing dua kluster insitusi pendidikan swasta berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan dan kluster kumpulan berisiko tinggi.

“Kluster tersebut ialah Kluster Industri Teratai (255 kes), Kluster Industri Jalan Sungai (164 kes), Kluster Industri Jalan Bangi (159 kes), Kluster Jalan TTP Satu (26 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Merah Caga (105 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Gading (73 kes), Kluster Jalan Wangsa Delima (20 kes), Kluster Jalan Medan Bunus (14 kes) dan Kluster Teknologi Senai 21 (32 kes).

“Seterusnya, Kluster Jalan NIP Industri (21 kes), Kluster Tapak Bina Raya (17 kes), Kluster Persiaran Cassia Selatan Tujuh (26 kes), Kluster Jalan Permatang Pauh (12 kes), Kluster Industri Perai Lapan (12 kes), Kluster Industri Tunas Baru (44 kes) dan Kluster Angkasa Nuri (27 kes), Kluster Industri 3/5 Temerloh (23 kes), Kluster Kuala Tahan (18 kes) dan Kluster Dah Perusahaan Lima Industri Kulim (118 kes).

“Lain-lain, Kluster Jalan Demak Laut (30 kes), Kluster Kuril (12 kes), Kluster Jalan Cenderai Sembilan (14 kes), Kluster Putri Fasa Enam (14 kes), Kluster Jalan Permas Lapan (11 kes), Kluster Kampung Kuala Gel (14 kes), Kluster Kebun Lama (27 kes), Kluster Abu Bengang (131 kes) dan Kluster Padang Pulut (48 kes).

“Selebihnya ialah Kluster Jalan GC Satu (20 kes), Kluster Jalan Dwitasik Satu (sembilan kes), Kluster Dah Kempas (57 kes) dan Kluster Taman Kok Doh (sembilan kes),”katanya.

Berdasarkan data kebolehjangkitan pada kelmarin pula katanya, nilai RT Malaysia sebanyak 1.09 dengan negeri yang mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.31).

“Negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Kedah (nilai RT 1.25), Sabah (nilai RT 1.21), Pulau Pinang (nilai RT 1.21), Johor (nilai RT 1.20), Pahang (nilai RT 1.19), Putrajaya (nilai RT 1.18), Kelantan (nilai RT 1.18), Selangor (nilai RT 1.15), “katanya. – Edisi 9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan