34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kes baharu melonjak ke angka 7,000, Selangor kekal tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes baharu Covid-19 hari ini melonjak ke angka 7,000 dengan 7,654 kes dilaporkan ketika beberapa daerah di Selangor dan Kuala Lumpur diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, secara keseluruhannya  jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sudah mencapai 792,693 kes.

Beliau berkata, Selangor terus merekodkan angka tertinggi sebanyak 3,260 kes, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 1,550 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 698 kes. 

“Sementara itu, Kedah pula  dengan mencatatkan sebanyak 337 kes, diikuti Johor (313), Sarawak (286), Melaka (230), Sabah (225), Pulau Pinang (185), Pahang (180) dan Kelantan (118).

“Negeri lain seperti Perak dengan 94 kes, Labuan (82), Terengganu (61), Putrajaya (33) dan Perlis dua kes,” menurut ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

Semalam, lima negeri iaitu Perlis, Kelantan, Perak, Pahang dan Terengganu beralih ke Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) selepas berjaya mencapai nilai ambang.

Sementara Pulau Pinang turut mencapai nilai ambang yang ditentukan dan akan masuk fasa 2 PPN mulai esok.

Tiga indikator perlu dipatuhi bagi membolehkan peralihan kepada Fasa Dua PPN iaitu purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) pada paras sederhana.

Turut dinilai ialah kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus.

Advertisements

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Noor Hisham dalam satu kenyataan media berkata, terdapat 21 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 11 kluster tempat kerja, sembilan kluster komuniti dan satu kluster pusat tahanan. 

Katanya, kluster tersebut ialah Kluster Tapak Bina Damanlela 2  dengan merekodkan sebanyak 630 kes; Kluster Bukit Kiara (16 kes); Kluster Pasar Razak Mansion (12 kes); Kluster Industri Lorong Senawang Empat (324 kes); Kluster Industri Perai Lima (182 kes) dan Kluster Jalan Perusahaan Prai (enam kes). 

“Seterusnya, Kluster Agora Borneo  dengan 26 kes, diikuti Kluster Batu Tiga Bakri (19 kes); Kluster Jalan Baldwin Tiga (39 kes); Kluster Jalan KK 6/2 Kubang Kerian (lapan kes); Kluster Jalan Cempaka Ampang (25 kes); Kluster Panjang Sari (17 kes) dan Kluster Jalan Kolam Ikan Kluang (22 kes). 

“Kluster lain ialah Kluster Jalan Sagang (30 kes); Kluster Sungai Sengkabang (58 kes); Kluster Parit Sebelas (18 kes); Kluster Pondok Tanjung (17 kes); Kluster Kampung Gong Kulim (16 kes); Kluster Kampung Kerpal (sembilan kes); Kluster Kampung Perwira (11 kes) dan Kluster Pagar Langat (13 kes),” katanya.

Noor Hisham turut memberitahu, selain kes harian yang melonjak tinggi, angka kematian Covid-19 juga kembali mencatatkan tiga digit dengan 103 kes dilaporkan.

“Jumlah pesakit sedang dirawat dan diasingkan juga semakin meningkat dan melebihi 70,000 dengan 72,201 kes. Ia termasuk 943 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 450 kes memerlukan bantuan pernafasan,”katanya. 

Dalam pada itu, beliau menambah, berkenaan dengan data terkini RT kelmarin, nilai dicatatkan sebanyak 1.07 kes dengan Pahang mencatatkan nilai RT tertinggi iaitu nilai RT 1.24. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan